Dalam latihan light sparring, pelatih akan memakai pelindung tulang kering atau mungkin juga kacap (pelindung kemaluan). Ini untuk mengelakkan kecederaan kerana sedikit kecederaan mungkin memberi kesan kepada pelatih yang bersiap sedia untuk menghadapi perlawanan.
Kebiasaannya, dalam latihan light sparring, pelatih akan menggunakan teknik asas seperti teep (tendang lurus), sepak layang rendah dan lutut luar. Plam juga diterapkan untuk mendapat 'rasa' pertandingan gelanggang. Bagaimanapun, siku dilarang dalam latihan light sparring kerana boleh membawa kecederaan walaupun dihayun perlahan.
Matlamat light sparring bukan untuk latihan menumbangkan lawan sebaliknya memberi pendedahan suasana pertandingan sebenar. Setiap serangan perlu dikawal untuk mengelakkan rakan sepelatih tercedera. Jika mahu memukul dengan kuat, rakan sparring bukanlah tempatnya sebaliknya buatlah pada punching bag atau pada pao.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan