12 Oktober 2010

Empower creativity

Memperkasakan kreativiti. Sebelum ini saya menghadapi kesukaran mencari kotak yang sesuai dengan barangan yang ingin dipos. Semasa di Sabah, saya melihat seorang jurujual di Pasar Filipina membungkus udang kering dengan menarik sekali. Katanya, dia boleh mengecilkan kotak yang besar, dan membesarkan kotak yang kecil. Sejak itu, saya mendapat idea cara-cara membuat kotak. Kotak di atas asalnya ialah kotak rak kasut yang nipis dan besar tetapi telah diubahsuai menjadi kotak bersegi empat sama yang betul-betul muat dengan 2 pasang glove. Biasanya saya menggunakan kotak gelas untuk mengisi glove atau tali skipping Thai yang ditempah.

Tiada ulasan: