Fighter Shop ialah pengedar sah bagi kelengkapan jenama Raja di Malaysia. Raja ialah syarikat pengeluar kelengkapan Muay Thai dari Thailand yang beroperasi sejak 2002 selepas berpecah dengan Twins. Raja ialah penaja seluar, gloves, kacap dan gelanggang bagi Stadium Rajadamnern - stadium Muay Thai kedua terkenal di Thailand selepas Lumpini. Butik Raja terletak bersebelahan dengan Stadium Rajadamnern.

Pada bahagian pengikat velcronya pula, gloves Raja menggunakan velcro yang tahan lasak dan tidak mudah rosak walaupun dibuka tutup berulang kali. Terdapat pelbagai jenis gloves yang ditawarkan oleh Raja antaranya jenis standard lace up (bertali), velcro strap, Mexican Style, gloves bertatu corak naga, aksara cina atau api.
Raja sentiasa memastikan semua barangannya berkualiti. Oleh itu, gloves Raja dijahit menggunakan benang yang tebal bagi mengelakkan kulit gloves daripada senang koyak. Untuk menyiapkan sepasang gloves, tukang jahit Raja mengambil masa sehingga setengah hari.
Harga yang ditawarkan oleh Fighter Shop, Kuala Lumpur bagi gloves Raja ialah RM200 - RM300 bergantung kepada corak dan saiz.

1 ulasan:
terbaik!!!!
Catat Ulasan