31 Oktober 2010

Sitkrumat Camp

About our camp:

Sitkrumat Thai Boxing Camp opened their doors in 2008 by Head Trainer Raja Ahmad Sitkrumat. A relatively young but blossoming camp, Raja Ahmad and his first batch students have built a strong community and training camp based on long lasting friendships with the same enthusiasm for the sport of Muay Thai. In mid 2010, fellow instructor Karim Storer, an expatriate from England join force with Raja Ahmad to bring his extensive boxing and fitness skills over to Sitkrumat Camp. Possessing quick hands and a punishing work ethic, extends to students a different edge and specialist training in fitness.

“Training should be fun. If it’s not, you’re not doing it right! You don’t need to be tough; an ego maniac or a gym junkie to come train at Sitkrumat. We welcome all ages and no experience is necessary.”

We offer you:

At Sitkrumat we offer our students ‘THAI BOXING’ classes for both MEN and WOMEN – Beginner, intermediate and advanced – Advanced Classes for Amateur to Professional fighters – Pre-fight training for season competitor – ‘PLYOMETRIC TRAINING’ for fitness enthusiasts –School Kid training program – Clothing, training gears and a lot MORE!

What can I achieve:

At Sitkrumat we will find the right program to suit you to kick start your fitness, increase your confidence, strength and stamina. We are here to guide you to achieve all the goals you once thought were impossible. Just bring the right attitude and we will assist you in providing the right techniques and program to suit your needs. While you are having fun training Muay Thai, we assure you that you will feel energized, confident in yourself and most of all see the results of the training.

28 Oktober 2010

The best martial art for kids

Parents struggle to find activities that will help their children build those important values that they themselves have been taught, often through hard work and responsibility. This is difficult today as so many restrictions are placed on parenting, even by people and organizations of people who do not have the experience of raising a child.

Martial arts is one of the greatest ways for children to learn all of the most important characteristics of positive role models, because it keeps the child's interest, and it is something the family can easily do together. It does all of this without convincing the child that he or she is required to win, no matter what the cost.

Facing reality, many extracurricular activities, such as after-school sports programs, teach children that it is acceptable to lie, cheat, and even do poorly in class. Coaches accept "passing" grades and do not always encourage students to do better, as long as the "star athletes" are available to win games.

The best martial arts for children are the ones that teach respect and discipline, encourage education, and discourage the use of violence. They also strive to build self-confidence and humility. Contrary to popular belief, most martial arts styles are meant for self defense rather than physical violence.

In choosing the appropriate martial arts style for your child, it is necessary to watch one or two classes, converse with the main instructor(s) and meet anyone else who may be conducting classes. Also, it is important to allow your child to be a part of the decision-making process. Parents should also attend, because the best martial arts style for children is also the best for their families.

27 Oktober 2010

Sitkrumat dikuasakan oleh Raja Boxing

Terima kasih En. Izhar Ibrahim dari Fighter Shop kerana membekalkan 2 pasang glove Raja Boxing model terbaru untuk kegunaan Kem Sitkrumat. Gloves ini memang terbaik dan tidak boleh ditandingi oleh jenama Muay Thai atau Twins yang pernah digunakan oleh Sitkrumat sebelum ini. Rakan-rakan yang ingin mendapatkan gloves seperti ini atau model Raja Boxing yang lain boleh berkunjung ke Fighter Shop di Jalan Kuchai Lama atau menelefon En. Izhar melalui hunting line 0193187976.

25 Oktober 2010

Muay Thai for kids – The benefits

We live in a fast paced world, technology seems to be taking over, so where is it all heading for the kids?

No longer do kids go play in the park, or build a camp in the local woods, instead, they stay cooped up at home, sitting in front of the TV, with the latest offering from the computer games universe. It is so easy for kids to become inactive and end up overweight or even obese!

The kids who go learn Muay Thai, not only get much needed exercise and social interaction, Muay Thai also encompasses character building and life skills.

Muay Thai is steeped in philosophy as well as ancient fighting techniques. Great Muay Thai masters of old, preach character building over fighting. Master Yodtong Senanan, founder of Sityodtong Muay Thai Camp said, "The ultimate aim of Muay Thai lies not in victory or defeat, but in the perfection of character of its participants".

A good Muay Thai instructor will not only teach Muay Thai moves, a good Muay Thai camp will encourage all the positive life skills like, achievement, humility, determination, respect, effort, etc.

A nak muay (someone who practices Muay Thai), will be taught to respect their fellow nak muay, showing respect to people in the camp, will lead to the same being shown outside of the Muay Thai camp.

Muay Thai classes for kids should be both fun and serious, check out Muay Thai classes and ask if you can observe a typical class. They should encompass all of the above and much more. If they do, encourage your child to have a go.

So, are Muay Thai classes for kids, good for them? YES! And I believe it should be compulsory in all camp, but then again, I am a little biased! I’ve been training and teaching Muay Thai for over 12 years and loves to share my knowledge and experiences from the Muay Thai camp.

22 Oktober 2010

Gloves Raja

Terdapat banyak gloves di pasaran sekarang ini. Namun, gloves "Made in Thailand" belum mampu ditandingi oleh mana-mana jenama dari Taiwan, India, Pakistan atau USA. Sitkrumat telah menggunakan gloves dari jenama Raja sejak awal tahun ini selepas ditawarkan oleh Fighter Shop, Kuala Lumpur.

Fighter Shop ialah pengedar sah bagi kelengkapan jenama Raja di Malaysia. Raja ialah syarikat pengeluar kelengkapan Muay Thai dari Thailand yang beroperasi sejak 2002 selepas berpecah dengan Twins. Raja ialah penaja seluar, gloves, kacap dan gelanggang bagi Stadium Rajadamnern - stadium Muay Thai kedua terkenal di Thailand selepas Lumpini. Butik Raja terletak bersebelahan dengan Stadium Rajadamnern.
Gloves Raja menggunakan 100% kulit anak lembu gred A yang sangat lembut. Jarang kita melihat mana-mana jenama gloves menggunakan 100% kulit gred ini walaupun pesaing terdekatnya, Twins Special. Banyak gloves di pasaran menggunakan kulit gred A di bahagian atas gloves dan menggunakan kulit gred B untuk bahagian bawah atau menggunakan PU sebagai gantinya. Gloves dari Taiwan atau China pula selalunya menggunakan kulit gred C dan warnanya akan luntur kerana proses pewarnaan (tanning) yang tidak sempurna.

Pada bahagian pengikat velcronya pula, gloves Raja menggunakan velcro yang tahan lasak dan tidak mudah rosak walaupun dibuka tutup berulang kali. Terdapat pelbagai jenis gloves yang ditawarkan oleh Raja antaranya jenis standard lace up (bertali), velcro strap, Mexican Style, gloves bertatu corak naga, aksara cina atau api.

Raja sentiasa memastikan semua barangannya berkualiti. Oleh itu, gloves Raja dijahit menggunakan benang yang tebal bagi mengelakkan kulit gloves daripada senang koyak. Untuk menyiapkan sepasang gloves, tukang jahit Raja mengambil masa sehingga setengah hari.

Harga yang ditawarkan oleh Fighter Shop, Kuala Lumpur bagi gloves Raja ialah RM200 - RM300 bergantung kepada corak dan saiz.

17 Oktober 2010

Light sparring?

Ramai peminat di luar sana yang bertanya, apa itu "light sparring". Light sparring ialah latihan pertarungan bebas yang ringan tanpa melibatkan sentuhan yang keterlaluan (full contact) seperti pertarungan sebenar.

Dalam latihan light sparring, pelatih akan memakai pelindung tulang kering atau mungkin juga kacap (pelindung kemaluan). Ini untuk mengelakkan kecederaan kerana sedikit kecederaan mungkin memberi kesan kepada pelatih yang bersiap sedia untuk menghadapi perlawanan.

Kebiasaannya, dalam latihan light sparring, pelatih akan menggunakan teknik asas seperti teep (tendang lurus), sepak layang rendah dan lutut luar. Plam juga diterapkan untuk mendapat 'rasa' pertandingan gelanggang. Bagaimanapun, siku dilarang dalam latihan light sparring kerana boleh membawa kecederaan walaupun dihayun perlahan.

Matlamat light sparring bukan untuk latihan menumbangkan lawan sebaliknya memberi pendedahan suasana pertandingan sebenar. Setiap serangan perlu dikawal untuk mengelakkan rakan sepelatih tercedera. Jika mahu memukul dengan kuat, rakan sparring bukanlah tempatnya sebaliknya buatlah pada punching bag atau pada pao.

16 Oktober 2010

Kenapa percuma?

Kenapa Sitkrumat tidak mengenakan yuran latihan? Pertanyaan itu sering diajukan oleh pengikut Blog Boksing Kelantan dan pemilik gim Muay Thai di sekitar Lembah Kelang (Selangor dan Kuala Lumpur).

Sitkrumat tidak seperti gim besar di sini yang terpaksa membayar sewa dan gaji jurulatih dari Thailand. Kos sewa bangunan biasanya sekitar RM500 sebulan, itu pun di tingkat tiga. Pemilik gim terpaksa menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk mengubahsuai bangunan dan membeli peralatan latihan yang sememangnya sangat mahal. Gaji jurulatih dari Thailand pula antara RM1000-RM2000 bergantung kepada pengalaman yang dimiliki. Itulah sebabnya ada kelab di sini mengenakan yuran latihan sehingga RM200 sebulan.

Sitkrumat menggunakan padang karpet getah yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Klang sejak tiga tahun lalu. Kami tidak perlu membayar sewa tempat kerana sudah mendapat permit menggunakan padang ini. Sebagai guru sekolah, sudah menjadi kewajipan Cikgu untuk mendidik anak bangsa. Cikgu dibayar oleh kerajaan untuk mengajar. Walaupun latihan boksing ini tidak termasuk dalam skop kerja Cikgu, sebagai warganegara yang bertanggungjawab, menjadi tugas Cikgu untuk mendidik anak bangsa menjadi insan yang harmonis dari segi mental dan fizikal. Pengalaman selama 12 tahun dalam sukan boksing ini dicurahkan kepada anak-anak bangsa yang ingin berjaya.

Cikgu menggunakan duit gaji Cikgu untuk membeli barang latihan ini di Thailand. Sehingga hari ini, Cikgu telah menghabiskan RM3000 untuk membeli segala kelengkapan yang diperlukan untuk menguruskan kelab ini.

Sejak awal tahun ini, Cikgu telah mengenakan yuran pendaftaran sebanyak RM50 yang perlu dibayar oleh semua pelatih baru. Yuran ini sebenarnya untuk menampung kos minyak Namman dan menukar peralatan yang rosak. Cikgu sedar bahawa Cikgu tidak boleh mengenakan yuran latihan kerana kebanyakan pelatih Sitkrumat terdiri daripada pelajar sekolah Cikgu sendiri dan pekerja-pekerja kilang.

Jadi, tidak timbul soal Cikgu tidak menghargai nilai ilmu kerana sebagai guru sekolah, Cikgu lebih tahu sejauh manakah keikhlasan seseorang itu mengajar. Lagi pun Cikgu tidak perlu membayar sewa tempat atau gaji jurulatih Thailand.

15 Oktober 2010

Belajar boksing di kampung

Belajar boksing pada masa kini tidak lagi seperti belajar di kampung pada masa dulu. Di Kelantan, guru-guru akan membuka gelanggang jika ada anak kampung yang ingin bertanding dalam kejohanan tempatan yang diadakan setiap minggu. Guru-guru yang merupakan bekas petinju Muay akan menyarung glove kembali selepas bersara untuk melatih petinju baru. Sebuah gelanggang yang ringkas akan dibina di kawasan lapang atau belakang rumah guru itu sendiri.

Boleh dikatakan pada era 80-an dan 90-an, setiap kampung mempunyai gelanggang boksing sendiri. Setiap malam kita akan melihat sekumpulan anak-anak muda menendang beg berat dan melompat tali dengan diawasi oleh seorang jurulatih. Selama tiga bulan, anak-anak muda ini akan berlatih sehingga mereka layak menerima tauliah (perlimau). Satu majlis perlimau akan diadakan pada hari minggu (Jumaat) dan kenduri turut diadakan secara besar-besaran.

Anak-anak muda ini diraikan seperti seorang pendekar yang baru keluar dari pertapaan oleh masyarakat di kampung tersebut. Gelanggang yang telah membuat majlis perlimau akan diundang bagi membuat persembahan dan menguji kemahiran pelatih gelanggang baru ini. Setiap pelatih mendapat regu yang sesuai dengan mereka dan perlawanan ringan ini berlangsung selama beberapa minit diiringi irama gendang boksing.

Kini, sudah semakin jarang didengari gelanggang baru dibina di dalam kampung. Ramai anak-anak muda berhirah ke bandar selepas SPM dan ada yang terus memohon pasukan keselamatan. Kanak-kanak pula mencari hobi yang lain seperti bola sepak dan sepak takraw. Blog Boksing Kelantan berharap masih ada guru-guru lama menyarung glove kembali untuk mengajar seni mempertahankan diri kepada anak-anak muda sekarang yang dilihat cenderung merempit dan terlibat dalam penagihan dadah. Kita tentu tidak mahu generasi pemimpin masa depan lemah mental dan fizikal kerana kealpaan kita.

12 Oktober 2010

Empower creativity

Memperkasakan kreativiti. Sebelum ini saya menghadapi kesukaran mencari kotak yang sesuai dengan barangan yang ingin dipos. Semasa di Sabah, saya melihat seorang jurujual di Pasar Filipina membungkus udang kering dengan menarik sekali. Katanya, dia boleh mengecilkan kotak yang besar, dan membesarkan kotak yang kecil. Sejak itu, saya mendapat idea cara-cara membuat kotak. Kotak di atas asalnya ialah kotak rak kasut yang nipis dan besar tetapi telah diubahsuai menjadi kotak bersegi empat sama yang betul-betul muat dengan 2 pasang glove. Biasanya saya menggunakan kotak gelas untuk mengisi glove atau tali skipping Thai yang ditempah.

10 Oktober 2010

Tiga parut di kepala, 1 luka di hati

Nak Muay no.1 Malaysia dari Kelantan, Amin Semerah Padi sekadar seri dengan Juara Afrika dari Ghana, Regional Doodo semalam. Namun, Amin meninggalkan tiga parut di kepala Juara WKA Afrika itu untuk dikenang.

08 Oktober 2010

Jom tengok tomoi di KL

Jom saksikan kejohanan tomoi terhebat bulan ini di Stadium Badminton Cheras anjuran Kelab Jaguh dengan kerjasama Kuda Merah PDRM dan Malaysian Tigers. Harapan peminat untuk melihat nak muay no.1 Kelantan, Amin Semerah Padi bertemu Hamdan Mokhtar tidak kesampaian apabila lawannya itu menolak untuk bertarung. Amin dijangka menentang farang pada malam esok. Kamarul Pakcu Gamas dijangka akan diberi tentangan sengit oleh petinju Myanmar dari Kelab Singa Malaya.

04 Oktober 2010

Gim Muay Thai pertama di Gombak

Persatuan Tomoi Gombak maju setapak ke hadapan selepas perasmian Gim Muay Thai Naga Api di Sri Gombak, Batu Caves Sabtu lalu. Beberapa kelab telah diundang memeriahkan majlis antaranya Barracuda (Kajang), Sitkrumat Raub, Sitkrumat Klang, Naga Api Rawang dan Raja Datu (Tanjung Malim). Selain itu beberapa kelab sekitar Kuala Lumpur hadir memberi sokongan, iaitu Pn. Kirsty Leigh Zulkarnain (Kirsty MT Fight Club, Ampang), Kuah Theam Loong (Peninsular MT Club, Ampang), Kru Ismail Hassan (Singa Malaya, Kajang), Kru Marzuki Ismail (KLFK, Setapak), dan Kru Ezri Azamin (GCS MT Club, Taiping). Antara persembahan yang dipertontonkan ialah tarian langkah sembah (Ram Muay), demonstrasi serangan pao beramai-ramai, teknik magik Muay Thai dan light sparring. Majlis diserikan dengan keberangkatan Y.A.M. Ku Ess ibni almarhum Sultan Idris Shah yang merupakan bekas pelatih di gelanggang persatuan di pinggir Batu Caves.

Cikgu memakaikan mongkon kepada Wan Duta dari Raub

Bersedia untuk beraksi

Hormat guru (Wai Kru)

Wai Kru oleh gabungan ahli persatuan

Demo serangan pao

Demo serangan pao beramai-ramai

Demo light sparring

03 Oktober 2010

Tahniah

Blog Boksing Kelantan mengucapkan tahniah kepada Ybhg. Datuk Abdullah Sibil yang menerima anugerah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) kelmarin yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun ke-64 Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah. Datuk Abdullah Sibil ialah penaung Sabah Muay Thai di bawah pimpinan Kru Nazim Maduarin.