06 Ogos 2010

Sitkrumat Raub

Sitkrumat Raub memerlukan seorang individu yang berminat dalam Muay Thai menjadi penaung kelab. Kami mencari individu yang komited dan ikhlas membantu. Oleh sebab kelab baru diasaskan, kami memerlukan bantuan dari segi kelengkapan dan sokongan moral. Jika berminat, sila e-melkan kepada greateacheraja@yahoo.co.uk atau sms 0199241656.

Tanggungjawab seorang penaung ialah mencari dana bagi menguruskan persatuan dari segi membeli kelengkapan latihan, menguruskan perjalanan dan tempat tinggal petinju jika bertanding di luar daerah atau negeri, dan sentiasa berada di sisi petinju semasa petinju bertanding (atau menghantar wakil jika kesibukan). Terbuka kepada semua tanpa mengira kedudukan kewangan atau tempat lahir.
Sitkrumat Raub baru sahaja menghantar seorang wakilnya ke kejohanan freestyle kickboxing di kajang minggu lepas. Insya Allah, selepas raya, tiga nak muay kelab ini akan mengambil bahagian dalam kejohanan tomoi terbuka Pahang di Pusat Bandar Jengka.

Tiada ulasan: