Bulan puasa menyebabkan ramai nak muay kehilangan prestasi kerana berhenti berlatih. Puasa bukanlah halangan jika semangat berlatih kuat. Ramai atlet negara seperti pemain bola sepak tetap berlatih pada bulan puasa. Nak muay boleh mengekalkan prestasi dengan bermain skipping pada waktu petang atau malam.
Cara yang paling sesuai dan diamalkan oleh pelatih di Sitkrumat ialah lompat tayar. Oleh sebab bentuk tayar yang praktikal, ruang yang sempit seperti di dalam bilik pun sudah cukup. Tayar yang dipilih mestilah tayar lori, sekurang-kurangnya lori 2 tan. Tayar itu pula perlu mempunyai daya lantunan yang bagus. Pilih tayar yang agak baru kerana tayar lama tidak melantunkan kaki dengan baik. Tayar lori terpakai yang masih baru boleh didapati di kedai-kedai tayar. Ada yang menjualnya dengan harga RM10 untuk sebiji tayar atau memberinya percuma.
Melompat tayar boleh meningkatkan daya tahan kardiovaskular (otot jantung) nak muay. Nak muay yang sentiasa melompat tayar akan mendapat rentak yang cantik semasa bertarung di atas gelanggang. Selain itu, otot gastroknemius (labu betis) akan terbentuk dengan cepat berbanding dengan kita berlari. Cukup sekadar berlatih 30 min setiap petang atau selepas terawih, stamina nak muay akan sentiasa kekal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan