Terdapat pelbagai jenama dan jenis glove di pasaran. Jenama glove terkenal yang biasa digunakan oleh petinju Muay Thai seluruh dunia ialah Twins Special, Raja atau Windy. Elakkan glove dari China atau Taiwan kerana kulitnya cepat menggelupas. Glove dari Thailand telah terbukti tahan lasak, tahan lama dan kalis air.Jenis glove pula berbeza mengikut cara kegunaan. Bagi pengamal yang ingin berlatih dengan beg berat, glove yang ringan dan nipis lebih sesuai. Bagi pertarungan sebenar di gelanggang, petinju menggunakan glove bertali (lace-up) mengikut negara masing-masing. Saiz glove biasanya antara 6 – 10 auns. Petinju di Thailand menggunakan saiz 6 auns manakala di Malaysia pula 8 auns. Di Eropah, petinju menggunakan glove bersaiz 10 auns untuk menepati piawaian yang ditetapkan pihak berkuasa.
an
Ramai yang bertanya, bagaimana untuk mengenal pasti sama ada barang latihan Muay Thai itu buatan Thailand atau tidak. Jenama seperti Twins Special dan Raja Boxing memang dikenali kerana menjadi penaja dua stadium besar di Thailand, iaitu Lumpini dan Rajadamnern. Bagaimanakah pula dengan jenama yang kurang dikenali seperti Boon, Sandee atau Nationman.

































