Latihan pelasak dilakukan oleh setiap nak muay yang ingin bertarung untuk meningkatkan stamina dan kadar kepantasan bertindak. Petinju akan menyerang bertubi-tubi pada pao yang dipegang oleh jurulatih dalam masa yang ditetapkan contohnya 5 minit. Masa ini perlu diatasi oleh nak muay untuk mengelak daripada kehabisan stamina di atas gelanggang yang mana mereka perlu bertarung selama 3 minit. Dengan melakukan latihan pelasak, jurulatih juga dapat melihat semula kelemahan petinjunya.
Azuar Sitkrumat ialah nak muay Kem Sitkrumat yang akan bertanding di Kejohanan Freestyle Kickboxing di Dataran Prima Saujana pada 30 Julai - 1 Ogos ini. Nak muay berusia 34 tahun ini akan menjadi wakil tunggal Sitkrumat di kejohanan tahunan anjuran MIG Group dan KLFK.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan