03 Julai 2010

Bengkel 1Malaysia Authentic Thai Kickboxing 2

Selepas berjaya menganjurkan bengkel Muay Thai pertama di Kuala Lumpur yang menghimpunkan jurulatih Muay Thai terbaik di Malaysia, Sitkrumat Promotions dengan kerjasama Kinabalu Fighters akan mengadakan bengkel kedua di Sabah pada 10 Julai ini. Bengkel yang diadakan di Hotel Tang Dynasty, Kota Kinabalu ini akan menghimpunkan beberapa jurulatih kelab ternama di Malaysia seperti Eddi Selindang Kuning (Kirsty Fight Club, Ampang), Azman Abdul (Gelanggang Anak Naga Api, Gombak), Marzuki Ismail (Kuala Lumpur Freestyle Kickboxing, Setapak), Najib Ahmad (Barracuda Muay Thai, Kajang), Bernard Radin (Fitness Focus, Ipoh) dan Cikgu Kacak (Sitkrumat, Klang). Yuran penyertaan sebanyak RM100 dikenakan bagi setiap peserta (percuma sehelai t-shirt). Maklumat lanjut boleh hubungi Mohd Nazim (kordinator bengkel) 0198509766.

Tiada ulasan: