22 Julai 2010

Freestyle Kickboxing di Fiesta Kajang

Kelab-kelab Muay Thai, Silat, Karate atau Taekwondo yang ingin menguji kekuatan murid mereka dipelawa mendaftarkan diri dalam Kejohanan Freestyle Kickboxing. Bagi pesilat yang enggan memakai glove, mereka dibenarkan berbuat demikian asalkan mereka mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Daftarlah segera dengan menghantar profil kepada mfkfullcontact@yahoo.com atau menghubungi En. Marzuki Ismail di talian 0193886883. Timbang berat dan pelekat gu akan diadakan pada 25 Julai 2010 bermula pukul 3.00 petang.

Bagi peminat pula, jangan lupa datang memberi sokongan pada 30 Julai - 1 Ogos 2010 bertempat di Dataran Prima Saujana. Tiket berharga RM15 boleh didapati di pintu masuk.

Tiada ulasan: