29 Julai 2010

Chokdee Azuar!

Azuar Sitkrumat, 34 tahun, mula menyertai latihan Sitkrumat pada Jun 2009. Setelah setahun berlatih, nak muay dari Kg. Rantau Panjang, Klang ini akan bertarung dengan Mizi dari Kelab Anak Kuda Merah dalam Kejohanan Freestyle Kickboxing Fiesta Kajang 2010. Walaupun lawan dilihat jauh lebih muda dan berpengalaman, ini tidak mematahkan hasrat bapa kepada tiga orang anak ini untuk mengharumkan nama Sitkrumat. Azuar akan bertarung pada hari kedua dalam perlawanan kedua yang dijangka bermula pada pukul 4.00 petang. Semua murid dan bekas murid Sitkrumat diminta hadir memberi sokongan.

Tiada ulasan: