07 Julai 2010

Cikgu Kacak

Ramai yang bertanya kenapa Cikgu selalu membahasakan diri Cikgu sebagai "Cikgu". Cikgu ialah guru di SMK Kampong Jawa, Klang sejak tahun 2007. Gelaran Cikgu Kacak diberikan oleh Kelab Peminat Tomoi Kawanboxx yang disertai Cikgu pada tahun 2008. Oleh sebab terbiasa menggunakan kata ganti nama "Cikgu" dalam P&P di sekolah, maka Cikgu turut menggunakan gelaran ini di mana sahaja. Jadi selepas ini tidak timbul soal bagaimana gelaran Cikgu Kacak itu wujud. Sitkrumat yang diasaskan pada tahun 2008 bukanlah satu entiti yang mencari keuntungan kerana bagi Cikgu ilmu tidak boleh dibeli. Cikgu cuma mahu berkongsi ilmu dengan semua peminat Muay Thai yang ingin belajar Muay Thai dalam suasana terbuka dan tidak terikat dengan jadual latihan.

Tiada ulasan: