12 Julai 2010

Bengkel Muay Thai di KK

Bengkel WMC 1Malaysia Authentic Thai Kickboxing 2 dilangsungkan dengan jayanya di Hotel Tang Dynasty, Kota Kinabalu pada Sabtu lalu. 6 jurulatih dari kelab ternama di Semenanjung telah turun ke negeri di bawah bayu untuk berkongsi ilmu. Antaranya ialah Bernard Radin (Akademi Muay Thai Ipoh) Azman Abdul (Anak Naga Api), Marzuki Ismail (KLFK), Najib Othman (Barracuda), Eddiey Selindang Kuning (Kirsty Fight Club), dan Cikgu Kacak (Sitkrumat). Seramai 50 peserta dari seluruh pelosok Sabah datang untuk mempelajari seni yang begitu asing bagi orang Sabah ini. Bengkel ketiga akan diadakan di Sawarak pada bulan Oktober ini. Terima kasih kepada semua penaja yang terlibat menjayakan bengkel ini seperti Intiutama, Fusion Excel dan Shirah B'Lux.

Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Persatuan Tomoi Gombak, En. Azman Abdul

YBhg. Hj Abdullah b. Sibil, Pengerusi Persatuan Sama Sabah menumbuk focus mitts sebagai simbolik perasmian bengkel
Cikgu Kacak memberikan tips memilih kelengkapan Muay Thai untuk peserta
Senaman regangan yang dikendalikan oleh Kru Bernard Radin
Kru Bernard menunjukkan posisi sedia yang betul

Demo light sparring oleh Cikgu Kacak & Mr. Pendant

Demo Wai Kru oleh Eddiey Selindang Kuning

Mr. Pendant menunjukkan keajaiban loket Quantum

Kirsty Leigh Zulkarnain, pemilik Kirsty Muay Thai Fight Club turut menjual seluar dan kelengkapan yang lain semasa bengkel

Marzuki Ismail, satu-satunya penganjur freestyle kickboxing berbincang sesuatu dengan peserta dari Kinabalu Fighters.

Cikgu Kacak sedang membalut tangan untuk latihan pao

Cikgu Kacak memegang pao untuk disepak oleh peserta

Penaja dan orang kuat bengkel, Pn. Rashirah, Pn. Kirsty dan Pn. D. Fatmah

Penyampaian cenderamata daripada penaja

Jurulatih, penaja dan urusetia bengkel

Sebahagian daripada peserta yang hadir

Tiada ulasan: