07 April 2010

Bengkel Thai Kickboxing

Persatuan Tomoi Gombak dengan kerjasama Kem Tomoi Anak Naga Api dan Sitkrumat akan mengadakan bengkel 1Malaysia Authentic Thai Kickboxing pada 1 Mei 2010 bertempat di Hotel Central, Kuala Lumpur (berdekatan KL Sentral).

Antara jurulatih yang terlibat ialah Kawaw, bekas juara Selatan Thai dan Stadium Lumpini era 90-an, En. Robbana, bekas juara Kedah, En. Azman Abdul, pemegang bengkung kejuaraan Piala Perdana Menteri dan Cikgukacak. Penyertaan dibuka kepada semua peringkat umur. Yuran penyertaan hanya RM70.00 (percuma sehelai t-shirt). Bengkel akan diadakan pada pukul 9.30 pagi dan dijangka berakhir pada 1.00 tengah hari.

Peserta cuma perlu memakai seluar Muay Thai atau pakaian yang bersesuaian dengan latihan. Peserta juga digalakkan memakai pembalut tangan (bandage) kerana pihak penganjur hanya menyediakan kelengkapan latihan. Sekiranya ada, peserta boleh membawa glove sendiri bersaiz 12-14 auns.

Peserta akan dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu latihan asas (beginner), tahap pertengahan (intermediate) dan tahap master. Ajarn Kawaw akan mengendalikan latihan bagi peserta yang sudah mencapai tahap profesional. Penyertaan dibuka sekarang sehingga 28 April 2010. Bayaran pendaftaran boleh dibuat ke akaun CIMB 16010011501521 (Raja Ahmad Talmizi Raja Abdullah). Sila pastikan resit dihantar ke e-mel greateacheraja@yahoo.co.uk atau pada hari pendaftaran peserta. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi hotline 019-9241656.

Tiada ulasan: