Sukan Muay Thai boleh dikatakan masih agak baru bagi warga kota. Walaupun penganjur seperti MIG Group dan Boxx Event sering menganjurkan kejohanan peringkat antarabangsa di sini, sambutan yang diterima tidak menggalakkan seperti yang berlaku di Kedah dan Kelantan. Tidak seperti di Negeri Serendah Sekebun Bunga, Kelantan yang menjadikan Muay Thai sebagai aktiviti riadah, masyarakat bandar belum dapat menerima sepenuhnya sukan tempur ini.
Melihat kepada kejumudan itu, Persatuan Tomoi Gombak dengan kerjasama Sitkrumat Klang menganjurkan bengkel Muay Thai di Hotel Sentral, Kuala Lumpur. Objektif utama program adalah untuk memberi pendedahan yang lebih meluas kepada peminat Muay Thai di Lembah Kelang.
Tidak seperti bengkel yang diadakan oleh kelab atau gim Muay Thai di ibu negara sebelum ini, bengkel kali ini boleh dianggap sebagai medan percambahan fikiran dalam kalangan pengamal Muay Thai dan mereka yang baru berjinak-jinak dengan sukan ini. Segala pengalaman jurulatih akan dikongsi dengan peserta. Cikgu selaku Setiausaha Persatuan Gombak akan memberi ceramah ringkas tentang sukan ini sebelum bengkel diteruskan dengan aktiviti mengikut silabus yang ditetapkan oleh persatuan. Yang pastinya setiap peserta akan mendapat pengalaman baru dan ilmu yang berguna.
Bengkel ini disokong oleh Persekutuan Muay Thai Malaysia selaku badan tertinggi sukan Muay Thai di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan