29 Mac 2016

Sejarah Stadium Lumpini Thailand


Repost 10 November 2009

1. Stadium Lumpini adalah antara arena pertarungan paling terkenal di dunia.

2. Prestij yang dipegang oleh pemenang bengkung kejuaraan di sini melebihi juara Stadium Rajadamnern, stadium Muaythai pertama di dunia.

3. Stadium ini dibuka secara rasmi pada Disember 1956, 15 tahun selepas pembinaan Stadium Rajadamnern dengan matlamat mempromosikan sukan Muaythai di Thailand dan luar negara.

4. Lumpini terkenal di serata dunia kerana polisinya yang membuka peluang kepada petinju luar untuk turut sama bersaing merebut kejuaraannya.

5. Stadium ini diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Anggota, Angkatan Tentera Diraja Thailand dan dinaungi oleh kerajaan.

6. Hanya petinju yang berumur 15 tahun ke atas dan mempunyai rekod yang cemerlang boleh bertarung di sini.

7. Pertaruhan turut dibenarkan malah terdapat kaunter di sekitar stadium mempunyai lesen menjalankan perjudian.

8. Antara juara terkenal dari Lumpini ialah Dieselnoi Chor Thanasukarn yang bersara pada awal dekad 80-an dengan rekod tanpa kalah.

9. Perlawanan paling hebat pernah diadakan di sini adalah antara Poot Lorlek dengan Vicharnoi Prontawee yang mencatatkan kutipan tiket melebihi sejuta baht.

10. Selama tujuh tahun, "Dewa Tinju" ini mendominasi setiap perlawanan tanpa kalah sehingga 80 perlawanan.

11. Pada masa ini, makin ramai farang (petinju luar/foreigner) yang datang ke stadium ini untuk menunjukkan kehebatan masing-masing malah ada yang menjadi juara.

12. Antaranya ialah Ivan Hippolyte dan Ramon Dekker.

13. Lumpini juga pernah menghasilkan juara transeksual yang terkenal, iaitu Nong Tom.

14. Prestij Stadium Lumpini sebagai medan pertarungan juara antara juara mengatasi Stadium Rajadamnern dan pesaingnya yang terbaru ialah Channel 7.

15. Perlawanan diadakan pada setiap Selasa, Jumaat dan Sabtu dengan harga tiket antara 500 hingga 1500 baht.

16. Pada tahun 2014, stadium yang terletak di Lumpinee Park itu berpindah ke lokasi baru di Jalan Ram Intra, Bangkok dengan kapasiti stadium yang lebih besar dan boleh memuatkan sehingga 8 ribu penonton. 

Tiada ulasan: