1. Tali
pinggang ISKA, WMC, Glory, S-1, K-1 dan lain lain, tidak mampu menandingi prestij tali
pinggang dari Stadium Lumpini.
2. Semua
pengamal Muaythai menghormati Nak Muay yang pernah memakai tali pinggang
Lumpini kerana harganya tidak boleh dinilai dengan wang.
3. Cuma juara antara juara sahaja yang memiliki bengkung dari stadium ini.
4. Semua
petinju Muay terbaik di dunia berasal dari Thailand walaupun ada beberapa
farang (foreigner) yang mencipta nama dalam sukan ini seperti dari Belanda dan
Jerman.
5. Petinju
Thai mula berlatih sepenuh masa sejak usia awal lagi.
6. Kebanyakan
juara Thai mula menaiki gelanggang sejak usia 8-10 tahun.
7. Mereka
memulakan hidup mereka sebagai petinju dengan satu matlamat – menjadi juara
Stadium Lumpini.
8. Petinju
Thai mula berlawan di gelanggang tempatan untuk mengasah kemahiran mereka
terlebih dahulu.
9. Kebanyakan
petinju Thai sudah berlawan lebih 50 kali walaupun umur mereka ketika itu baru
mencecah 16 tahun.
10. Mereka
berlawan di stadium kurang ternama seperti Omnoi, Samrong dan Patong dahulu.
11. Selepas
itu, petinju akan dipelawa oleh promoter dari Rajadamnern atau Lumpini.
12. Di
sinilah mereka menemui lawan yang betul-betul hebat dari segenap pelosok
Thailand.
13.
Kebiasaannya, petinju yang layak menaiki gelanggang keramat Lumpini terdiri
daripada mereka yang sudah berlawan lebih 50 kali dan mempunyai rekod yang
cemerlang.
14. Mereka
akan terus berlawan di Lumpini sehingga melebihi 100 kali.
15. Sekiranya
petinju tersebut menang, mereka akan naik dari satu peringkat ke peringkat yang
lebih tinggi.
16. Jika
petinju tersebut terus menang, barulah mereka layak diangkat sebagai yang
terbaik – terbaik di Thailand dan terbaik di dunia.
17. Sebagai
juara Lumpini, petinju perlu mempertahankan tali pinggangnya setiap 2 – 3 bulan
sekali.
18.
Kebanyakan juara Lumpini bersara awal walaupun umur mereka baru mencapai 20-an
yang dianggap sudah tua dalam sukan Muaythai di Thailand.
19. Sekiranya
anda mempunyai peluang berlatih atau belajar bersama juara Lumpini, anda tidak
seharusnya melepaskan peluang itu.
20. Ia
merupakan satu penghormatan kerana dapat belajar dengan jaguh yang mendedikasikan
seluruh dirinya untuk sukan Muaythai sehingga menjadi yang terbaik antara
terbaik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan