1. Sejarah
kewujudan boksing di Kelantan sukar untuk dipastikan dengan jelas, namun
menurut sejarawan, seni ini wujud sejak ratusan tahun lalu ketika negeri di
utara seperti Kedah, Perlis dan Kelantan masih di bawah pengaruh Siam.
2. Peluasan
empayar Sukhothai (abad ke-13) dipercayai hingga ke Hujung Tanah
(Johor-Singapura).
3. Buku
undang-undang Siam, Kot Monthienraban (TM 1360) menyebut satu negeri kota
sebagai kerajaan taklukan Siam, dikenali sebagai Wurawari terletak di Ganggayu
(Johor Tua).
4. Para
pengkaji sejarah berbeza pendapat tentang nama kerajaan tersebut tetapi tidak
menafikan tentang kewujudan kerajaan Siam di Johor.
5. Ini
membuktikan bahawa orang Siam telah lama berada di Semenanjung Tanah Melayu dan
menjalani kehidupan berkerajaan secara aman.
6. Kehidupan
mereka juga bercampur dengan Melayu lain seperti Patani, Kelantan, Kedah dan
lain-lain.
7. Kerajaan
Siam zaman Rattanakosin (Bangkok) memperlihatkan pengaruh lebih jelas ke atas
negeri Melayu di Selatan, iaitu Pattani, Kelantan, Kedah dan Perlis.
8.
Negeri-negeri ini menghantar bunga emas setiap dua atau tiga tahun sekali ke
Bangkok sebagai tanda persahabatan dan kesetiaan.
9. Bahkan
pelantikan seseorang raja di negeri tersebut harus disahkan oleh 'Maharaja
Benua Siam'.
10. Surat
pengesahan dengan gelaran tertentu bersama alat kebesaran lain diberikan oleh
Bangkok, contohnya, setiap sultan Kedah bergelar Phya Rithisongkramramphakdi
Sri Sultan Kedah Ratnarathmunintrasurinthra Wiwongsa Phya Saiburi, Raja Perlis
pula Phya Visedsongkram Ramwillismara Phya Pelis dan Sultan Kelantan sebagai
Phya Phipidphakdi Sri Sultan Phya Kilatan.
11. Terdapat
beberapa pegawai Siam ditempatkan di negeri tersebut dan bagi rakyat jelata
Siam, negeri-negeri Melayu ini ialah negeri mereka juga.
12. Mereka
datang dalam bentuk kumpulan petani mencari kawasan subur untuk menetap dan
diterokai sebagai kawasan pertanian.
13. Sebagai
rakyat biasa mereka tidak tertarik dengan urusan politik walaupun kita pernah
juga mendengar penglibatan penduduk Siam ini dalam perang saudara di Kelantan.
14.
Penghjirahan rakyat Siam ke negeri Kelantan telah membawa sekali seni beladiri
mereka, iaitu muay.
15. Selepas
beberapa ratus tahun, seni ini diterima sebagai salah satu budaya masyarakat
Melayu di Kelantan yang turut mengadaptasinya ke dalam seni silat.
16. Proses
mengadaptasi antara satu sama lain juga mempengaruhi muzik boksing.
17. Irama
gendang silat Kelantan diubahsuai dan menjadi irama gendang boksing dengan
penambahan alat muzik ching yang tidak terdapat dalam muzik silat.
18. Gendang
anak, gendang ibu, serunai dan gong ialah peralatan muzik silat yang digunakan
dalam muzik boksing.
19. Lagu
tradisional rakyat Kelantan seperti Langkah Hulubalang menjadi irama yang
dimainkan oleh peniup serunai.
20.
Pertandingan boksing di Kelantan banyak melahirkan jaguh yang mampu memberi
tentangan kepada petinju Thailand ketika beraksi.
21. Nama-nama
seperti Che'pa Somadi, Wan Jaafar Tok Raja Geting, Husin Bidah, Cikgu Harun
Pohon Tanjung, Dollah Kuda Kayu, Ahmad Siku Kapak, Poksu Karim, Abe Nor Bunut
Payong adalah antara nak muay yang digeruni lawan sekitar tahun 70-an.
22.
Jaguh-jaguh ini bertarung di Selatan Thailand dan Bangkok kerana ketika itu
tiada penganjur yang berminat untuk menjadikannya suatu perniagaan seperti
sekarang.
23. Sebelum
penglibatan kerajaan negeri dalam sukan ini, penganjur menggunakan permit
pertandingan silat cantik memandangkan perlawanan tomoi diharamkan ketika itu.
24. Pada
2007, kerajaan Kelantan telah menukar nama Boksing Siam kepada Boksing Kelantan
untuk menampakkan ciri-ciri tempatan dan memisahkan ritual agama Buddha dalam
sukan ini.
25. Persatuan
Boksing Kelantan juga ditubuhkan bagi membantu kelab-kelab di negeri ini
bergerak dengan lebih tersusun di bawah satu payung.
26. Kelab
boksing yang sudah lama wujud kembali menggegar arena sukan ini seperti
Salsaloon, M-16, Seri Payung, Lelayang Putih dan Sitkuheng.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan