07 Ogos 2009

Mentera dalam Muay Thai

Jampi atau mentera merupakan susun kata yang dipercayai dapat memberi kesan ke atas perkara tertentu yang dihajati. Contohnya untuk menyembuhkan penyakit, menjadikan tubuh kebal dan membuatkan seseorang jatuh hati. Jampi juga digunakan oleh orang dahulu kala dalam melakukan amalan harian seperti ketika mandi, ketika menyikat rambut, ketika keluar rumah dan sebagainya sama ada bertujuan untuk kecantikan, keselamatan dan sebagainya.

Dalam Islam, penggunaan jampi tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan syirik. Untuk kajian bersama, Cikgu paparkan beberapa mentera yang selalu digunakan oleh petinju sebelum bertarung di atas gelanggang. Mentera ini dibaca semasa petinju membuat Wai Kru. Selepas juruacara mengumumkan langkah sembah bermula, petinju akan berjalan mengelilingi gelanggang dan berhenti di setiap penjuru. Ketika di penjuru inilah petinju akan membaca mentera sambil menyentuh pelapik penjuru dengan perlakuan tertentu mengikut tradisi kem masing-masing. Selepas itu petinju akan duduk membelakangi penjuru lawan sambil membaca mentera sekali lagi.

Mentera Kebal

Allah payung aku
Jibrail kota aku
Malaikat 44 pagar aku
Aku berjalan dengan kuasa Allah
.....................................

Mentera Kebal

Bismillah Lam Zat Kam sifat Lam Ghat rohku jaga-jaga
Ya Hu Ujud Allah Ya Hu Rahimallah
Ya Hu sifat Allah Ya Hu Ya Allah
Hai Jibril Israfil Izrail Mikail
Adangkan aku selitkan nyawa di dalam kandang
....................................

Mentera Kuat dan Gagah

Hai Besi Putih Besi Khursani
Besi Pelilit di pinggangku
Kuat aku seperti Saidina Ali
Gagah aku seperti Saidina Hamzah
....................................

3 ulasan:

Due berkata...

Cikgu, ambo cadangkan jangan dimasukkan keseluruhan matan mantera. Masukkan barang sebaris dua sebagai contoh cukuplah. Terima kasih.

boksingkelate berkata...

Cadangan anda telah diperkenankan

Tanpa Nama berkata...

cikgu,sy tlah dfhamkan kita sbgai agma islam dilarang sesama skli mggunakan mentera dan seumpanya sperti d'ats..krana ia brunsur shir,syrik dan khurafat walaupun sdikit tmbhan ayat2 al-quran dan sbagainya ia tetap salah..sy dfhamkan rmai psilat2,nak muay sering mmbacakan ayat2 sperti d'ats..sy cdgkan,ckuplah skdr mmbca doa sndri mmhon kpd Allah s.w.t atas kslmtn,kmnngan dll..x perlu mohon jd kebal dan seumpanya..salah d'ssi agama..jika kita mhu brjya dlm apa jua bidang,buatlah dgn pernuh berkat..