02 Ogos 2009

Kuda Merah PDRM


Kelab Tomoi Kuda Merah PDRM ialah sebuah kelab yang sudah lama melahirkan ramai jaguh tempatan untuk bersaing dalam arena tempatan dan Asia Tenggara. Di bawah jurulatihnya, Sarjan Rosli Yaakub atau lebih dikenali sebagai Cik Li, kelab ini kini turut sama menggegarkan dunia tomoi negara apabila pelatihnya, Konstabel Tengku Shahrizal memenangi Kejohanan Tomoi Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 baru-baru ini.

(Aksi Tengku Shahrizal di Kejohanan Tomoi Antarabangsa Kuala Lumpur 2009)

Selain menjadi Ketua Jurulatih Tinju dan Tomoi Pulapol, Sarjan Rosli juga ialah jurulatih tomoi bagi Pertubuhan Pembangunan Remaja Malaysia (PEREMA). Menurut bekas pembantu jurulatih tinju kebangsaan itu, pusat latihan tomoi Pulapol yang bermula sejak 1999 sehingga kini telah melahirkan ramai bintang tomoi seperti Tengku Shahrizal Tengku Abd Rahman, Che Arzani dan Nik Md Azizi Shafie.

(Cikgu bersama Tengku Shahrizal)

Selain melahirkan ramai petinju berbakat melalui program mencari bakat dalam kalangan pelatih polis, Kuda Merah juga sering menganjurkan perlawanan freestyle kickboxing di seluruh negara. Kelab ini boleh dikatakan antara kelab tomoi terkenal di Malaysia selain Boxxwarriors dan Malaysian Tigers.

3 ulasan:

Joe Moktar berkata...

cikgu..

apa kata untuk next entri cikgu sentuh sikit tentang kecederaan lazim yang selalu dialami atau bakal dirasai oleh pengamal muay thai.

seperti Seethanonchai yg terlepas tulang bahu, apa chances yg mereka ada untuk terus survive dlm muay thai comp pd masa akan datang.

sebab apabila sudah memasuki fasa kecederaan terutama yg melibatkan bahagian sendi dan tulang, peluang untuk kecederaan tersebut berulang agak besar lebih2 lg dlm sukan muay ini.

boksingkelate berkata...

Cadangan yang bagus. Cikgu akan kaji tajuk ini.

Saenchai berkata...

apa kata cikgu kaji sekali muay thai vs kung fu.