16 April 2011

Seminar Jurulatih

Setelah berjaya menganjurkan beberapa bengkel asas Muay Thai di seluruh negara, Persatuan Tomoi Gombak sekali lagi maju ke hadapan apabila merancang Kursus Asas Jurulatih Tomoi di Gim Naga Api, Sri Gombak, Batu Caves, Selangor pada 24 April 2011.



Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada bakal-bakal jurulatih. Kursus selama sehari ini akan dibantu oleh beberapa orang jurulatih dari kelab terkenal di sekitar Lembah Kelang. Persatuan Muay Thai Malaysia selaku badan tertinggi Muay Thai di Malaysia juga telah menyatakan sokongan mereka pada kursus ini.


Berikut adalah senarai sukatan kursus yang telah dirangka bersama jurulatih-jurulatih berpengalaman yang bernaung di bawah Persatuan Tomoi Gombak.


1. Menghuraikan dan menunjukkan teknik asas dalam tomoi.

2. Menghuraikan dan menunjukkan teknik berlawan di atas gelanggang.

3. Menghuraikan dan menunjukkan teknik-teknik sparring (cara melakukannya dan cara mengajar pelatih melakukannya)

4. Menunjukkan teknik memegang pao, focus mitts, Thai suitcase.
5. Menunjukkan teknik menyerang pao, focus mitts, Thai suitcase.

6. Memegang pao untuk petinju profesional.

7. Menunjukkan teknik clinching bersama petinju Muay Thai profesional.

8. Menghuraikan dan menunjukkan tarian langkah sembah (Ram Muay dan Wai Kru) serta penghayatannya sebagai cara senaman dan penghormatan kepada guru.

9. Menunjukkan cara-cara mempersiapkan petinju sebelum naik ke gelanggang (urutan sukan, senaman pemanas badan, membalut tangan, memakaian pelindung groin, menyapu vaselin ke muka, memakaikan mongkon).

10. Mengurut dan memberi motivasi kepada petinju semasa rehat dalam pertandingan sebenar.

11. Menunjukkan cara mengatasi dan mengelakkan kecederaan dalam sukan Muay Thai.


12. Peraturan dalam pertandingan amatur dan profesional.

13. Cara-cara mendapatkan mata bagi pertandingan amatur dan profesional

14. Perkongsian pengalaman menguruskan gim/kelab/persatuan daripada kelab-kelab terkenal.


Para jurulatih kelab baru yang belum diiktiraf oleh mana-mana persatuan Muay Thai bolehlah menghadiri kursus singkat ini. Bekas-bekas petinju Muay juga dipelawa menyertai kursus ini untuk menambah ilmu dalam bidang kejurulatihan. Yuran pendaftaran hanya RM100. Makan minum, t-shirt dan kelengkapan latihan disediakan oleh penganjur. Bagaimana pun, peserta boleh membawa kelengkapan sendiri. Maklumat lanjut boleh menghubungi Setiausaha Persatuan Tomoi Gombak merangkap Ketua Jurulatih Sitkrumat Klang, Cikgu Raja Ahmad 0199241656 atau Presiden Persatuan Tomoi Gombak merangkap Ketua Jurulatih Gim Naga Api Sri Gombak, En. Azman Abdul 0122278445.

Tiada ulasan: