Pada 24 April 2011 (semalam), Persatuan Tomoi Gombak telah menganjurkan Kursus Kejurulatihan Tahap 1 yang diadakan di Gim Naga Api, Sri Gombak. Seramai 25 peserta menghadiri kursus sehari ini yang diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada bakal-bakal jurulatih tentang ilmu kejurulatihan Muay Thai.
Antara panel yang terlibat ialah Tuan Azman b. Abdul dari Gim Naga Api Gombak, Kru Marzuki dari KLFK Sri Rampai, Kru Ismail Hassan dari Kelab Tomoi Singa Malaya Kajang, Kru Kuah Theam Loong dari Peninsular Gym Ampang dan Cikgu Raja Ahmad dari Sitkrumat Klang. Kursus sehari ini padat dengan pengisian berguna tentang pedagogi Muay Thai, kaedah kepengadilan perlawanan, tip membuka gim dan memilih kelengkapan sesuai dan perkongsian ilmu jurulatih-jurulatih yang telah berjaya. Kursus ini telah disokong oleh Persatuan Muay Thai Malaysia yang memantau segala aktiviti Muay Thai di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan