![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhjn7e6pwCKXXWQFgMFywniYyJ1say_bI6YFjJK7oM5ZO1KEHQ4FZGdVbf6jToV_PcD_cSl0DuQ2UeXyB-5XfSjUQ7ppP2kEasebH-fzmsy2KpUM1OKSyoM0iI4CkenW6juPwihOyQXdjM/s400/l_d8fafff69c5e5fa298b428197c25f8bf.jpg)
Sor Kingstar, Sitbangprajan dan Por Pramuk itu sebenarnya nama kelab petinju terbabit. Petinju akan meletakkan nama kelabnya setiap kali memperkenalkan diri untuk menaikkan nama kelab. Maksud Sor. atau Por. ini ialah kelab manakala Sit pula ialah anak murid. Maksud Sityodtong ialah Anak Murid Yodtong, diambil sempena nama pengasasnya iaitu Yodtong Senanan. Namun begitu, ada juga petinju yang meletakkan nama penaja di belakang namanya. Contohnya Jongsanan 3K Battery.
Situasi di Malaysia pun sama dengan Thailand. Kalau di Kelantan, petinju biasanya menggunakan nama kelab yang diambil dari nama tempat kelab itu berada tetapi menggunakan pangkal kata "Sri" yang bermaksud indah atau cantik. Contohnya Sri Aur di Bachok ialah nama kelab yang terletak di Kampung Aur. Antara kelab lain yang menggunakan perkataan Sri di hadapan nama kelabnya ialah Sri Buyong (Kg. Buyong, Jeli), Sri Payong (Kg. Bunut Payong, Kota Bharu) dan Sri Embon (Kg. Embon, Pasir Mas).
Di negeri-negeri lain pula, kelab-kelab menggunakan nama haiwan sebagai nama kelab seperti Kuda Merah PDRM, Kuda Putih, White Tigers, Singa Malaya dan Anak Naga Api.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan