31 Mei 2010

Tips memilih pao

Semua pao yang bermutu tinggi dibuat di Thailand. Kebanyakan syarikat pembekal seperti Twins Special, Raja, Muay Thai atau Windy akan menempah pao di kilang pengeluar kelengkapan tinju yang ada di Bangkok. Pengilang akan membuat pao berdasarkan reka bentuk yang dikehendaki.

Sekiranya pembekal inginkan harga yang murah, pengilang akan menggunakan span (lateks) berkualiti rendah dan kulit pao yang diperbuat daripada kulit kerbau. Pao yang bermutu tinggi seperti jenama Fairtex menggunakan span yang boleh "bernafas" untuk mengelakkan pao rosak akibat hentakan.

Kulit pao yang bermutu tinggi juga biasanya licin dan lembut. Kulit lembu gred A ini diambil daripada kulit anak lembu. Pao yang berkualiti rendah biasanya menggunakan kulit kerbau. Rivet yang digunakan untuk melekatkan pemegang juga perlu dipastikan. Pao yang bermutu tinggi menggunakan rivet yang diperbuat daripada besi tahan karat (stainless steel) atau aluminium. Ada sesetengah pembekal seperti Muay Thai menggunakan kulit sintetik (tiruan) di bahagian pemegang pao bagi mengurangkan kos. Kulit sintetik biasanya akan terkoyak selepas beberapa kali digunakan. Twins Special menggunakan 100% kulit lembu gred A termasuk di pemegang dan pengikat.

Tiga jenama pao berkualiti yang dicadangkan oleh Cikgu ialah MTG, Raja, dan Twins Special. Pao dari jenama Muay Thai murah dan tahan lasak tetapi hanya sesuai untuk mereka yang ingin menjimatkan kos dan tidak mementingkan soal keselesaan.

Elakkan membeli pao daripada PU kerana cepat koyak. Pao jenis ini juga memberi kesan sampingan kepada jurulatih kerana tidak menyerap hentakan dengan baik. Ini demikian kerana span yang digunakan untuk membuat pao tidak berkualiti.

Selain itu, elakkan membeli pao yang dieksport daripada China, Taiwan atau Pakistan kerana boleh membahayakan jurulatih. Pao daripada negara tersebut sangat ringan, tetapi keras. Kulit yang digunakan juga cepat luntur dan jahitannya mudah tertanggal. Sitkrumat Promotions menawarkan pao yang murah dan berkualiti dengan khidmat nasihat penggunaan secara percuma. Sekiranya berminat, sila hubungi Cikgu.

Tiada ulasan: