29 Mei 2010

Narai bun sien

Narai Bun Sien (sepak layang ke tengkuk) ialah teknik yang sangat efektif dan sering digunakan untuk menumbangkan lawan yang keletihan. Narai Bun Sien bermakna "potong leher dengan tulang kering seperti pisau yang tajam dan besar". Teknik ini memerlukan latihan yang sistematik untuk mendapat kesan ketara kerana sepakan tinggi bukan senang untuk dilakukan. Teknik ini juga ialah senjata serangan jarak jauh, sama seperti teep. Ia tidak boleh digunakan apabila lawan berada dekat dengan petinju. Dengan memusing pinggul, tulang kering disasarkan ke bahagian tengkuk setinggi yang boleh. Elakkan menggunakan kekura kaki kerana kesannya tidak memuaskan. Selain itu, petinju juga boleh melompat untuk menambah ketinggian sepakan bergantung kepada kondisi dan fizikal lawan.

Bagaimana untuk membela serangan ini?

1. Gunakan teep – ketika lawan menyepak tinggi, kawasan tubuhnya terdedah kepada serangan balas.
2. Tundukkan sedikit kepala dengan tangan melindungi kepala sambil menyerang ke kaki lawan yang bertahan.
3. Berundur atau cuba mengelak supaya serangan itu tidak mengena dan balas balik dengan sepak layang rendah.

Sepak layang ke tengkuk perlu dilatih selalu menggunakan pao bersama jurulatih untuk ketepatan atau punching bag untuk menambah kekuatan sepakan.

Tiada ulasan: