Tidak seperti di Negeri Serendah Sekebun Bunga, Kelantan yang menjadikan Muay Thai sebagai aktiviti riadah, masyarakat bandar belum dapat menerima sepenuhnya sukan tempur ini.
Melihat kepada kejumudan itu, Persatuan Tomoi Gombak dengan kerjasama Kem Sitkrumat Klang dan sokongan Persekutuan Muay Thai Malaysia menganjurkan Bengkel 1Malaysia Authentic Thai Kickboxing di Hotel Plaza, Kuala Lumpur.
Menurut Yang Dipertua Persatuan Tomoi Gombak, En. Azman Abdul, objektif utama program adalah untuk memberi pendedahan yang lebih luas kepada peminat Muay Thai di Lembah Kelang.
Tidak seperti bengkel yang diadakan oleh kelab atau gim Muay Thai di ibu negara sebelum ini, bengkel kali ini boleh dianggap sebagai medan percambahan fikiran dalam kalangan pengamal Muay Thai dan mereka yang baru berjinak-jinak dengan sukan ini. Seramai 50 peserta dari seluruh negara hadir dalam seminar yang diadakan di Grand Ballroom, Hotel Plaza.
Antara jurulatih yang terlibat dalam bengkel sehari itu ialah Ajarn Somwang Sinuan dan Kuah Theam Long dari MMATC, Ampang; Kru Rungchai dari WMC Gym, Kelana Jaya; Kru Marzuki Ismail dari KLFK, Setapak; Kru Robbana dari Kelab Raja Panah, Pelabuhan Kelang; dan Kru Raja Ahmad dari Sitkrumat, Klang.
Pihak penganjur juga beruntung kerana enam petinju terbaik Malaysia dari WMC Gym (Malaysian Tigers) turut berkongsi skill dan kepakaran mereka. Antaranya ialah finalis Contender Asia 2, Bernard Radin dan Faizal Ramli, Juara WMC Asia 2009, Ali Yaakob, Juara Kejohanan Diraja Kelantan, Izzat, petinju ranking pertama Kelantan, Kudin Raja Jerong dan Juara Muay Thai Amatur Malaysia, Ejo.
Antara kelab yang menghantar pelatihnya ke bengkel itu ialah Kelab Anak Naga Api, Gombak; Kelab Flying Cobra, Setapak, Kelab Tomoi Mailook, Senawang; Kem Sitkrumat, Klang dan Sabah Muay Thai.
Bengkel ini turut ditaja oleh Rangkaian Tani Sdn. Bhd. yang menaja kopi belut dan krim belut Syirah untuk semua peserta. Penghargaan juga kepada Fusion Excel Sdn. Bhd. yang menaja loket Quantum Pendant untuk semua jurulatih terlibat.
Yang pastinya setiap peserta mendapat pengalaman baru dan ilmu yang berguna dalam bengkel pertama anjuran persatuan ini. Pihak Persatuan Tomoi Gombak akan menjadikan bengkel seperti ini acara tahunan selain menganjurkan pertandingan peringkat kebangsaan.
Hatta Dahli dari Sabah diberi tunjuk ajar oleh Cikgu
Kru Rungchai sedang menunjukkan teknik shadow boxing
En. Baahir dari Fusion Excel turut menjadi peserta bengkelKru Marzuki dari KLFK sedang menunjukkan teknik shadow boxing yang betul
Ejo dan Ali sedang menunjukkan teknik sparring yang selamat dan betul
Ejo sedang mengajar teknik plam kepada Adik Zul Mailook
Bernard sedang mengajar Azuar Sitkrumat
Cikgu turut memegang pao untuk peserta bengkel
Kudin Raja Jerong sedang mengajar Ida dari Anak Naga Api, Gombak
Penaja, Fusion Excel bersama penganjur dan jurulatih
Kuah Theam Long dari MMATC menerima cenderahati daripada penaja, Pn. Rashirah Yaacob
Encik Azman Abdul menerima tajaan daripada Fusion Excel
Peserta dan jurulatih bergambar bersama
Pelatih Sitkrumat Klang yang diketuai oleh Cikgu sendiri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan