Focus mitt ialah peralatan yang sungguh berkesan untuk mengasah kombinasi pukulan petinju Muay Thai. Jurulatih akan menyerang sementara pelatih terpaksa menepis, menampan, mengelak, dan serta merta menyerang balas terhadap alat ini.
Terdapat pelbagai jenis focus mitt di pasaran. Kali ini Cikgu ingin berkongsi tip memilih focus mitt yang sesuai untuk anda. Cikgu telah menggunakan hampir semua jenama focus mitt dari Thailand. Focus mitt dibuat daripada 100% kulit lembut (kulit anak lembu) tidak seperti pao yang dibuat daripada kulit tahan lasak (kulit lembu atau kerbau). Focus mitt boleh dikelaskan kepada tiga jenis, iaitu mini focus mitt, curved focus mitt dan professional focus mitt.
Mini focus mitt digunakan untuk melatih ketepatan mata pelatih dan meningkatkan kelajuan tumbukan. Curved focus mitt pula dapat menahan tumbukan dengan kemas. Pelatih juga dapat menyiku dan menyepak ke focus mitt ini dengan tepat memandangkan bentuknya yang melengkung. Professional focus mitt pula semakin jarang digunakan kini oleh jurulatih Muay Thai kecuali jurulatih tinju professional.
Pada pendapat Cikgu, focus mitt yang paling bagus ialah dari jenama MTG, Twins, Raja dan Thai Smai. Keempat-empat jenama ini sangat kemas di tangan jurulatih. Jenama Muay Thai pula sering kali terlucut dari tangan. Jenama Windy masih lagi mengekalkan bentuk tradisional seperti focus mitt tinju profesional dan tidak sesuai untuk latihan kombinasi.
Focus mitt digunakan juga oleh jurulatih untuk mengetuk perut petinju semasa latihan sit up selepas latihan.
Elakkan menggunakan focus mitt yang dieksport dari India, Pakistan atau China kerana kualiti kulit dan jahitannya sangat teruk.
1. Thai Smai curved focus mit
2. Thai Smai mini focus mitt
4. Muay Thai focus mitt
5. Windy professional focus mitt
Latihan mengetuk perut dengan focus mitt
Tiada ulasan:
Catat Ulasan