12 Mei 2010

Amin "Mongkol Paeneh"

Berasal dari Charok Petai, Betong, sebuah daerah di sempadan Malaysia-Thailand. Nazmin mula mempelajari Muay Thai daripada bapanya ketika berumur 8 tahun. Bapanya juga menjadi pengurus bagi setiap perlawanan yang disertainya. Selepas itu, beliau menyertai Kelab Erawan di Yala. Nama gelarannya di kelab ini ialah Amin Tuantong. Selepas beberapa tahun, Nazmin beralih arah ke kelab baru, iaitu Sakniranrat.

Dia pernah menjadi juara di Stadium Patong, Phuket dan Stadium Chaweng di Koh Samui. Dia bersara dari arena Muay Thai selepas cedera di kaki kerana terjatuh semasa perlawanan bola sepak. Rekod perlawanannya ialah 120 dengan 80 menang dan 40 kalah. Gim pertama yang disertainya sebagai jurulatih ialah Boxxwarrior Kulim, Kedah sebelum dilamar oleh Pn. Kirsty untuk mengajar di Kirsty Muay Thai Fight Club, Ampang.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

x sabar nk jumpa amin balik dan sembang2

Tanpa Nama berkata...

nk tambah sket cite pasal amin ni..

die penah skolah pondok selama beberapa tahun.. sngt pandai mengaji quran.
hobi die adalah memasak..
kalo x mengajar muay thai, die boleh mengajar kelas al quran & juga kelas memasak..
die seorang suami mithali.. hahaha