07 Julai 2009

Sitkrumat di Bukit Badak

Cikgu Kacak Trading telah bermurah hati menaja dua pasang glove kanak-kanak untuk kegunaan Kelab Tinju Tomoi Bukit Badak pada malam tadi. Semoga amalan mulia ini dicontohi oleh individu berkemampuan untuk bersama-sama menyumbang kepada pembangunan belia dan secara tidak langsung memajukan sukan tomoi di negara ini.

Selaku profesor adjung, tugas Cikgu ialah melatih pelatih terbaik di kelab ini supaya menepati standard nak muay yang ditetapkan oleh Boxxtomoi International.

M-150 vs Boxx Warriors?

1 ulasan:

BoxxTomoi berkata...

Tahniah Cikgu. Bantu apa yang boleh bantu, ajar kalau ilmu ada, orang macam aku, cuma boleh beri sokongan.
Satu lagi projek KawaBoxx.