12 Julai 2009

Muay Thai @ Celebrity Fitness

Pada 11 Julai 2009 (kelmarin), Celebrity Fitness dengan kerjasama Boxxtomoi Muay Thai Magazine dan Kelab Muay Sri Andalas menganjurkan bengkel Muay Thai di Pusat Kecergasan Celebrity Fitness One Utama, Damansara. Seramai 50 peserta mendaftar dalam bengkel selama 3 jam itu dengan yuran penyertaan sebanyak RM160.00. Empat jurulatih berpengalaman, iaitu En. Mohd Ally Syakir (Celebrity Fitness), Eikkasit (Boxx Warriors), Wes Jaya (Boxx Warriors) dan Cikgu Kacak (Sitkrumat) telah mencurahkan ilmu asas Muay Thai kepada peserta yang majoritinya terdiri daripada amoi cantik dan seksi. Sila tonton video klip di http://www.youtube.com/watch?v=umqRInUqCRA
Wartawan dari NTV7 menemuramah Wes Jaya

Mr. Johnnie Lim dari Klang menunjukkan skill sepak layang
Eikkasit menahan sepak layang amoi cantik dan seksi
Cikgu turut menjadi tumpuan amoi dalam bengkel itu

Bukan setakat amoi, tapi bapak amoi pun sama

Mr. Boxxtomoi (promoter), Eikkasit, Cikgu Kacak, Wes Jaya, Nadya (shooter) dan Michael Andreas (Pengurus Pemasaran CF)

Khab khun khab dari semua peserta

4 ulasan:

Due berkata...

Patut cikgu pun pakai uniform muay thai la, lagi cantekk.

boksingkelate berkata...

cikgu co-trainer, tak boleh lebih-lebih daripada trainer, nanti kan ada pulak yang terasa hati taknak mengajar.

Rona Realiti berkata...

bila nk dtg promote kat taiping...!? kelab rakan muda ke...!?

boksingkelate berkata...

rakan muda untuk budak sekolah. ni rakan tua. perak pun ada dalam perancangan boxxtomoi tapi masanya lambat lagi. tumpuan utama sekarang KL. orang KL memang minat gila pada Muay Thai