Pejabat Pelajaran Daerah Klang telah meminta kepakaran Cikgu melatih pesilat yang mewakili daerah Klang bagi Kejohanan Silat Sekolah-Sekolah Negeri Selangor yang akan berlangsung di Sabak Bernam pada 21-23 Julai 2009. Kemenangan pesilat Thailand dalam Kejohanan Silat Jemputan Asean beberapa hari lepas menyebabkan pihak berwajib kini sedar akan kekuatan stamina dan fizikal pesilat dan tidak bergantung kepada teknik semata-mata. Selama dua hari, tiga jurulatih dari PESAKA Selangor, iaitu Cikgu Elmi (Kalimah Panglima Tangkas), Cikgu Abdul Rahman (Lincah), Cikgu Azrin (Gayong Malaysia) dan Cikgu (Muay Thai) telah melatih 20 pesilat di Dewan Putera SMK Tinggi Klang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan