30 Julai 2009

K-1

K-1 ialah sukan tempur yang menggabungkan permainan seni Muay Thai, Karate, Taekwondo, Savate, Sanda, dan Kickboxing untuk mendapat gelaran petinju terbaik (no.1) di dunia.

K-1 diuruskan oleh sebuah syarikat dari Jepun, Fighting & Entertainment Group (FEG). Syarikat ini juga menganjurkan kejohanan seni beladiri campuran, Dream yang terkenal di seluruh dunia. Kejohanan K-1 sebenarnya diperkenalkan oleh Kazuyoshi Ishii, bekas juara Karate yang mengasaskan Persatuan Karate Seidokaikan, sejenis Karate aliran tempur. Ishii mengadaptasi peraturan dalam perlawanan kickboxing yang diperkenalkan oleh Osamu Noguchi.

Sistem dalam K-1 berubah dari semasa ke semasa berdasarkan populariti yang diraihnya di seluruh dunia. Pada permulaannya, kejohanan K-1 ialah perlawanan biasa yang mengundang petinju ternama dari seluruh dunia. K-1 kini dianjurkan di beberapa buah negara dan juara-juara di setiap negara ini akan bertarung dalam perlawanan akhir di Jepun.

K-1 mempunyai beberapa perbezaan dengan sukan Muay Thai. Antaranya ialah petinju tidak dibenarkan bergelut (clinch) dan menggunakan siku. Penggunaan lutut masih dibenarkan tetapi petinju perlu melepaskan lawan selepas satu serangan.

Antara petinju yang pernah menjadi juara dalam K-1 ialah Albert Kraus (2002), Masato (2003), Buakaw Por Pramuk (2004), Andy Souwer (2005), Buakaw Por Pramuk (2006), Andy Souwer (2007) dan Masato (2008). Bagi perlawanan separuh akhir yang akan diadakan pada Oktober 2009 nanti, Yura Yamamoto akan bertemu Giorgio Petrosyan manakala Andy Souwer akan bertemu Buakaw Por Pramuk.

Tiada ulasan: