21 Julai 2009

Nutrisi Petinju Muay Thai

Kebanyakan petinju tempatan tidak dapat menandingi stamina petinju Thai yang mampu bertahan sehingga tamat pusingan kelima tanpa kekejangan. Ini mungkin disebabkan kegagalan mengawal aspek makanan walaupun menjalani latihan yang betul. Kesilapan memilih makanan bukan sahaja akan mengganggu prestasi malah bakal memberi kesan fizikal kepada petinju. Setiap petinju perlu tahu mengenai khasiat pemakanan yang diambil bagi memastikan mereka sentiasa berada di tahap terbaik. Di sini Cikgu paparkan jenis diet yang diamalkan oleh atlet terbaik dunia.

Carbo Types: 70% Karbohidrat – 15% Protein – 15% Lemak
Protein Types: 30% Karbohidrat – 40% Protein – 30% Lemak
Mixed Types: 50% Karbohidrat – 30% Protein – 20% Lemak

Juara Tour de France, Lance Armstrong tergolong dalam atlet yang mengamalkan Carbo Types. Legenda maraton Dean Karnazes tergolong dalam Protein Types. Juara K-1, Buakaw Por Pramuk pula Mixed Types. Pengalaman cikgu berlatih dan bergaul dengan petinju Thailand, mereka mengambil diet sihat yang terdiri daripada daging dan makanan laut, sayur, nasi putih dan mi.

2 ulasan:

Rona Realiti berkata...

entry ni best...
tp x details ar cikgu...
kasi details ttg makanan tu nnt ek..!?

boksingkelate berkata...

cikgu tak boleh tulis detail sebab artikel lengkap cikgu untuk penerbitan majalah boxxtomoi. nak tunggu yang detail, belilah majalah boxxtomoi. maaf kerana kesulitan.