13 Julai 2009

Legenda Namsaknoi

Dilahirkan di Surat Thani pada 1979, Namsaknoi (Sang Maharaja) mula menceburi Muay Thai seperti kanak-kanak sebayanya di Thailand. Lahir dalam keluarga Islam, nama sebenarnya ialah Mohammed Chaiyama. Namsaknoi mula bertarung di arena Muay Thai ketika usianya baru 9 tahun.

Selepas menunjukkan peningkatan yang agak ketara berbanding rakan sepelatih lain, beliau berhijrah ke gim Kiatsingnoi di Bangkok yang menaikkan namanya lagi. Selepas itu, jurulatihnya membawa Namsaknoi menyertai Kiatpramuk atau lebih dikenali sebagai Kem Por Pramuk. Di Kem Por Pramuk, Namsaknoi berlatih bersama Buakaw, superstar Kejuaraan K-1 yang dikenali juga sebagai Assasin from Lumpini. Buakaw dikatakan menjadikan Namsaknoi sebagai idolanya ketika ditemuramah oleh sebuah stesen televisyen Jepun.
Di sini, Namsaknoi mula mencipta nama apabila bertarung dalam kejuaraan anjuran Sukonesongchai dan memenangi bengkung Stadium Lumpini dan WMC World Flyweight apabila menewaskan Nungpichit Sityodthong.

Antara kejuaraan dan anugerah yang dimenangi oleh Namsaknoi seperti berikut:

World Champion of Fighting Arts 2004
Lumpinee Champion 115 lbs
Lumpinee Champion 122 lbs
Lumpinee Champion 135 lbs (2000-2006)
WMC World Champion 115 lbs
PABA Boxing Champion 135 lbs
Ford Ranger Tournament winner
Champion of South of Thailand 95 lbs
Champion of South of Thailand at 126 lbs
Voted Best Fighther of the year 1996 by the Sportswriters Association of Thailand
Voted Best Fighther of the year 1999 by the Sports Autority of Thailand
Best Wai Kru/Ram Muay of the year 2001
Best Wai Kru/Ram Muay of the year 2006
WMC Royal Cup 2008
Disenaraikan sebagai Legenda Muay Thai oleh Lembaga Sukan Thailand

Beliau kini menjadi jurulatih di gim Rawai, Phuket.

2 ulasan:

Rona Realiti berkata...

kalo nama saya dlm muay thai...
nk buh nama apa ek...!?

boksingkelate berkata...

Nama gelaran biasanya diberi oleh trainer.