Kelab Silat SMK Kampong Jawa akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Silat Sekolah-Sekolah Daerah Klang yang berlangsung di Klang High School pada 6-8 Julai 2009. Acara yang disertai ialah silat olahraga, silat tempur, jurus wajib dan gendang silat. SMK Kampong Jawa masih memegang rekod sebagai juara bertahan selama lima tahun berturut-turut di daerah Klang. Pada tahun 2007, seorang pesilat sekolah ini memenangi Kejuaraan Silat Olahraga Dunia di Belgium. Pada tahun lepas, dua pesilat terpilih mewakili Selangor di Kejohanan Silat Kebangsaan di Kelantan.
Mengambil iktibar daripada kekalahan pesilat negara kepada pesilat Thailand yang kini mendominasi silat olahraga dan silat seni, setiap pesilat diwajibkan menyertai latihan tomoi bersama Kelab Muay Sri Andalas. Latihan ala tomoi menjadikan pesilat lupa pada kesakitan kerana sesungguhnya kesakitan hanya sementara. Semoga pesilat SMK Kampong Jawa mengharumkan nama sekolah lagi pada tahun ini. Mulai!
1 ulasan:
"Mengambil iktibar daripada kekalahan pesilat negara kepada pesilat Thailand yang kini mendominasi silat olahraga dan silat seni, setiap pesilat diwajibkan menyertai latihan tomoi bersama Kelab Muay Sri Andalas."
Sedarlah anak melayu.. tengok la nape pesilat sdri nk belatih tomoi.. nape x guna cara silat sdiri.. ni konpem martial art yg x praktikal.. kalo praktikal xyah la amik ilmu dr org lain, cube gune ilmu silat 2 sendiri xleh ka? cube tengok finalist juara k-1, kebanyakannya pakai tomoi, buakaw, masato, badr hari, giorgio petrosyan n byk lg...
p/s: nak tengok jugak anak melayu menang k-1.. xyah la dgr cite tok2 guru silat yg mengarut..
Catat Ulasan