29 Julai 2009

Beautiful Boxer

Peminat filem Muay Thai mungkin tidak pernah mendengar nama Parinya Kiatsuba, tetapi bila disebut Beautiful Boxer, ramai yang mengiyakannya. Model, pelakon, dan pengacara TV yang dahulunya dikenali sebagai Nong Toom ini ialah petinju transeksual paling terkenal di Thailand.

Memulakan latihan pertama di sebuah kem di Chonburi, Parinya bertekad mahu menjadi petinju ternama di Thailand untuk menyara keluarganya yang miskin. Penampilannya yang pertama di arena profesional bermula pada Februari 1998 apabila bertarung di Stadium Lumpini. Media di Thailand terkejut dengan kemenangannya itu dan menggelarnya The Beautiful Boxer. Walaupun beberapa badan sukan di Thailand melarang kathoey (gelaran untuk pondan) daripada terlibat dalam sukan, Persatuan Boxing Thailand memberi sokongan kepada Parinya dan diiktiraf oleh Lembaga Pelancongan Thailand sebagai salah satu keajaiban Thailand.
Pada 1999, Parinya mengumumkan persaraannya daripada arena Muay Thai untuk menumpukan perhatian kepada kerjaya barunya sebagai model dan pelakon. Filem mengenai kisah hidupnya, Beautiful Boxer yang dilakonkan oleh petinju Thailand, Asanee Suwan mendapat kutipan box office di seluruh dunia. National Geographic juga pernah menyiarkan dokumentari mengenainya bertajuk Hidden Genders (2003). Pada penghujung 2008, Parinya membuka kem Muay Thai di Hua Hin, Thailand.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terims kssih,sayang cikgu kacak...dan pelakon yang melakonkan kan watak nong tom tu mendapat trofi pelakon lelaki terbaik di festival filem thailand

boksingkelate berkata...

eeee... geli dengar. ni geng parinya ke?

Tanpa Nama berkata...

hina sangat ke kaum macam dia tu?cikgu jangan ingat lelaki saja yang baca blog ni...mana tau satu hari nanti Malaysia pun akan ada petinju tomi macam parinya

boksingkelate berkata...

Dan petinju itu ialah saudara/sendiri. Wakakakakaka!!!

Tanpa Nama berkata...

mungkin.bila cikgu nak kahwin?boleh seorang mak nyah buat persembahan tomoi kat kenduri cikgu.hahahahahha

boksingkelate berkata...

kalau bayaran yang dikenakan berpatutan, apa salahnya.

Tanpa Nama berkata...

tak di kena kan bayaran.percuma..heheheh.cikgu punya blog dah tak aktif ka?