Sekiranya pembekal inginkan harga yang murah, pengilang akan menggunakan span (lateks) berkualiti rendah dan kulit pao yang diperbuat daripada kulit kerbau. Pao yang bermutu tinggi seperti jenama Fairtex menggunakan span yang boleh "bernafas" untuk mengelakkan pao rosak akibat hentakan.
31 Mei 2010
Tips memilih pao
Sekiranya pembekal inginkan harga yang murah, pengilang akan menggunakan span (lateks) berkualiti rendah dan kulit pao yang diperbuat daripada kulit kerbau. Pao yang bermutu tinggi seperti jenama Fairtex menggunakan span yang boleh "bernafas" untuk mengelakkan pao rosak akibat hentakan.
Tips memilih focus mitt
1. Thai Smai curved focus mit
2. Thai Smai mini focus mitt
30 Mei 2010
Majalah International Kickboxer
Majalah wajib baca bagi penggemar Muay Thai / Kickboxing. Terdapat pelbagai info menarik. Boleh didapati di kedai akhbar/majalah yang terdapat di dalam pasaraya besar, antaranya kedai News di Mid Valley Megamall. Harga senaskhah RM32.00. Ali Malaysian Tigers pernah menjadi muka depan bagi edisi Mac 2010. Majalah ini diterbitkan di Australia, jadi tidak hairanlah banyak berita tentang fenomena Muay Thai di Australia. Namun ada juga artikel dari Thailand dan Eropah. 29 Mei 2010
Narai bun sien
Narai Bun Sien (sepak layang ke tengkuk) ialah teknik yang sangat efektif dan sering digunakan untuk menumbangkan lawan yang keletihan. Narai Bun Sien bermakna "potong leher dengan tulang kering seperti pisau yang tajam dan besar". Teknik ini memerlukan latihan yang sistematik untuk mendapat kesan ketara kerana sepakan tinggi bukan senang untuk dilakukan. Teknik ini juga ialah senjata serangan jarak jauh, sama seperti teep. Ia tidak boleh digunakan apabila lawan berada dekat dengan petinju. Dengan memusing pinggul, tulang kering disasarkan ke bahagian tengkuk setinggi yang boleh. Elakkan menggunakan kekura kaki kerana kesannya tidak memuaskan. Selain itu, petinju juga boleh melompat untuk menambah ketinggian sepakan bergantung kepada kondisi dan fizikal lawan.Bagaimana untuk membela serangan ini?
1. Gunakan teep – ketika lawan menyepak tinggi, kawasan tubuhnya terdedah kepada serangan balas.
Sepak layang ke tengkuk perlu dilatih selalu menggunakan pao bersama jurulatih untuk ketepatan atau punching bag untuk menambah kekuatan sepakan.
27 Mei 2010
25 Mei 2010
Wira tak didendang
23 Mei 2010
Warna-warni 1Malaysia Authentic Thai Kickboxing
Petinju dari Malaysian Tigers yang turut membantu kelancaran bengkel
Bob Sitkrumat mendapat tunjuk ajar daripada Faizal Ramli Malaysian Tigers
Cikgu mengajar peserta teknik memaut leher lawan
17 Mei 2010
Kirsty Fight Club
16 Mei 2010
Perhimpunan Beladiri 1Malaysia
13 Mei 2010
12 Mei 2010
Amin "Mongkol Paeneh"
Berasal dari Charok Petai, Betong, sebuah daerah di sempadan Malaysia-Thailand. Nazmin mula mempelajari Muay Thai daripada bapanya ketika berumur 8 tahun. Bapanya juga menjadi pengurus bagi setiap perlawanan yang disertainya. Selepas itu, beliau menyertai Kelab Erawan di Yala. Nama gelarannya di kelab ini ialah Amin Tuantong. Selepas beberapa tahun, Nazmin beralih arah ke kelab baru, iaitu Sakniranrat.10 Mei 2010
Cartwheel Kick dalam Muay Thai
Cartwheel Kick (sepak rejam) ialah teknik yang sering digunakan oleh petinju no.1 Thailand, Saenchai Sor Kingstar. Teknik ini hanya digunakan sekiranya Saenchai bertarung di negara luar kerana mengikut peraturan sukan Muay Thai di Thailand, petinju yang menyentuh lantai kanvas dikira tumbang.M-150 Klang

Kirsty Muay Thai Fight Club
Boxx Warriors Ampang yang terletak di hadapan Hospital Ampang Puteri kini dikenali sebagai Kirsty Muay Thai Fight Club. Bagi pengamal Muay Thai atau peminat yang masih tercari-cari gim yang sesuai di Kuala Lumpur, Blog Boksing Kelantan mencadangkan anda memilih gim ini sebagai lokasi latihan. Terletak di tingkat 4, gim ini dilengkapi 4 punching bag pelbagai saiz dan kegunaan selain gelanggang untuk sparring. Gim ini diuruskan oleh wanita besi, Kirsty Leigh Dzulkarnain, seorang guru di sekolah antarabangsa KL. Jurulatihnya terdiri daripada 2 orang bekas juara Selatan Thailand, Kru Sawai dan Kru Sammersing selain dibantu oleh petinju ranking pertama WMC Malaysia, Eddie Selindang Kuning. 4 bintang untuk Kirsty Muay Thai Fight Club. 
03 Mei 2010
Bengkel 1Malaysia Authentic Thai Kickboxing
Tidak seperti di Negeri Serendah Sekebun Bunga, Kelantan yang menjadikan Muay Thai sebagai aktiviti riadah, masyarakat bandar belum dapat menerima sepenuhnya sukan tempur ini.
Melihat kepada kejumudan itu, Persatuan Tomoi Gombak dengan kerjasama Kem Sitkrumat Klang dan sokongan Persekutuan Muay Thai Malaysia menganjurkan Bengkel 1Malaysia Authentic Thai Kickboxing di Hotel Plaza, Kuala Lumpur.
Menurut Yang Dipertua Persatuan Tomoi Gombak, En. Azman Abdul, objektif utama program adalah untuk memberi pendedahan yang lebih luas kepada peminat Muay Thai di Lembah Kelang.
Tidak seperti bengkel yang diadakan oleh kelab atau gim Muay Thai di ibu negara sebelum ini, bengkel kali ini boleh dianggap sebagai medan percambahan fikiran dalam kalangan pengamal Muay Thai dan mereka yang baru berjinak-jinak dengan sukan ini. Seramai 50 peserta dari seluruh negara hadir dalam seminar yang diadakan di Grand Ballroom, Hotel Plaza.
Antara jurulatih yang terlibat dalam bengkel sehari itu ialah Ajarn Somwang Sinuan dan Kuah Theam Long dari MMATC, Ampang; Kru Rungchai dari WMC Gym, Kelana Jaya; Kru Marzuki Ismail dari KLFK, Setapak; Kru Robbana dari Kelab Raja Panah, Pelabuhan Kelang; dan Kru Raja Ahmad dari Sitkrumat, Klang.
Pihak penganjur juga beruntung kerana enam petinju terbaik Malaysia dari WMC Gym (Malaysian Tigers) turut berkongsi skill dan kepakaran mereka. Antaranya ialah finalis Contender Asia 2, Bernard Radin dan Faizal Ramli, Juara WMC Asia 2009, Ali Yaakob, Juara Kejohanan Diraja Kelantan, Izzat, petinju ranking pertama Kelantan, Kudin Raja Jerong dan Juara Muay Thai Amatur Malaysia, Ejo.
Antara kelab yang menghantar pelatihnya ke bengkel itu ialah Kelab Anak Naga Api, Gombak; Kelab Flying Cobra, Setapak, Kelab Tomoi Mailook, Senawang; Kem Sitkrumat, Klang dan Sabah Muay Thai.
Bengkel ini turut ditaja oleh Rangkaian Tani Sdn. Bhd. yang menaja kopi belut dan krim belut Syirah untuk semua peserta. Penghargaan juga kepada Fusion Excel Sdn. Bhd. yang menaja loket Quantum Pendant untuk semua jurulatih terlibat.
Yang pastinya setiap peserta mendapat pengalaman baru dan ilmu yang berguna dalam bengkel pertama anjuran persatuan ini. Pihak Persatuan Tomoi Gombak akan menjadikan bengkel seperti ini acara tahunan selain menganjurkan pertandingan peringkat kebangsaan.
Hatta Dahli dari Sabah diberi tunjuk ajar oleh Cikgu
Kru Rungchai sedang menunjukkan teknik shadow boxing
Kru Marzuki dari KLFK sedang menunjukkan teknik shadow boxing yang betul
Ejo dan Ali sedang menunjukkan teknik sparring yang selamat dan betul
Ejo sedang mengajar teknik plam kepada Adik Zul Mailook
Bernard sedang mengajar Azuar Sitkrumat
Cikgu turut memegang pao untuk peserta bengkel
Kudin Raja Jerong sedang mengajar Ida dari Anak Naga Api, Gombak
Penaja, Fusion Excel bersama penganjur dan jurulatih
Kuah Theam Long dari MMATC menerima cenderahati daripada penaja, Pn. Rashirah Yaacob
Encik Azman Abdul menerima tajaan daripada Fusion Excel
Peserta dan jurulatih bergambar bersama
Pelatih Sitkrumat Klang yang diketuai oleh Cikgu sendiri


