Rahsia kekuatan Muay Thai bukan terletak pada kekuatan
tendangan atau teknik siku atau hentakan lutut. Rahsia utama Muay Thai sebenarnya sudah
ada dalam hati orang-orang Thai sejak mereka dilahirkan, iaitu kekuatan mental.
Orang Siam pada asalnya merupakan bangsa yang taat pada
negara, agama dan raja. Oleh itu, orang Siam sudah mempunyai jiwa sanggup mati
demi negara sejak berabad-abad lagi, jauh lebih awal daripada kewujudan
semangat Bushido atau kamikaze Jepun. Orang Thai sudah lama mengenali semangat
begini dan diperturunkan dari generasi ke generasi.
Dalam falsafah seni beladiri orang Asia, orang yang paling kuat ialah orang yang dapat menewaskan 3 musuh dalam diri, iaitu:
1) Takut
2) Was-was
3) Keliru
Tambahan lagi dengan atlet Muay Thai zaman dahulu yang bertanding untuk kehidupan dan bukan untuk kesukanan terdedah kepada kesakitan dan hukuman sehingga mental menjadi kental. Sebab itu, walaupun ditendang berkali-kali, ahli Muay Thai zaman dahulu dapat menahan kesakitan dengan tenang.
Seni beladiri bangsa lain yang menendang dengan lebih kuat belum tentu dapat menerima kekuatan tendangan mereka sendiri. Begitu juga dengan peninju Muay Thai, jika keadaan mental tidak stabil maka kekalahan ialah jawapannya.
Oleh sebab itulah Buakaw yang menjadi juara dunia K-1 2004 dengan mengalahkan Masato (Kickboxing) dikalahkan pula oleh Masato pada kejohanan K-1 tahun 2007. Kedua-duanya sama hebat, tetapi yang mempunyai kekuatan mental lebih berpeluang untuk menang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan