Genaplah 2 tahun penubuhan Persatuan Muay Thai Negeri Selangor. Terima kasih diucapkan kepada Sandee, pembekal kelengkapan Muay Thai dari Thailand yang menghadiahkan sebutir kek kepada persatuan.
11 November 2013
10 November 2013
07 Oktober 2013
Melentur buluh biarlah dari rebung
1. Jika anda mahu mengelakkan anak anda dibuli di sekolah atau pusat asuhan, hantarlah mereka ke Klab Boksing Sitkrumat Klang.
2. Anak anda akan dilatih untuk mempertahankan dirinya daripada sebarang ancaman.
3. Di samping itu, anak-anak anda juga akan menjadi lebih sihat dan kuat kerana Muay Thai terbukti sukan yang bagus untuk kardiovaskular (otot jantung) dan tulang.
4. Umur yang paling sesuai adalah dari 5 tahun.
5. Selepas beberapa tahun, anak anda juga boleh menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh semua persatuan muaythai di Malaysia.
6. Yuran keahlian cuma RM50 seumur hidup, tiada yuran bulanan dikenakan.
2. Anak anda akan dilatih untuk mempertahankan dirinya daripada sebarang ancaman.
3. Di samping itu, anak-anak anda juga akan menjadi lebih sihat dan kuat kerana Muay Thai terbukti sukan yang bagus untuk kardiovaskular (otot jantung) dan tulang.
4. Umur yang paling sesuai adalah dari 5 tahun.
5. Selepas beberapa tahun, anak anda juga boleh menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh semua persatuan muaythai di Malaysia.
6. Yuran keahlian cuma RM50 seumur hidup, tiada yuran bulanan dikenakan.
27 Julai 2013
Belasungkawa
Marilah kita sedekahkan al-fatihah kepada seorang rakan kita, arwah Jeri (bekas atlet Muay Thai negara) yang kembali ke rahmatullah kelmarin kerana terlibat dalam kemalangan di Besut.
07 Julai 2013
Dragon Boy di SUKMA
Dragon Boy mendapat pingat gangsa dalam acara Muay Thai SUKMA yang diadakan di Sri Kembangan. Dragon Boy yang dipilih mewakili kontinjen Melaka (MSN Selangor tidak membuat kejohanan saringan untuk atlet Muay Thai) tewas kepada lawan yang berpengalaman dari Wilayah Persekutuan. Dragon Boy merupakan satu-satunya atlet Muay Thai yang mewakili Melaka mendapat pingat yang majoritinya dibolot oleh atlet Kelantan dengan 5 pingat emas. Dragon Boy kini terpilih sebagai atlet pelapis projek Sukan Sea Singapura 2015 dan berlatih di MSN Bukit Jalil di bawah tunjuk ajar jurulatih import dari Australia, Ajarn Nugget.
07 Jun 2013
Muay Malay International Boxing Challenge 2013
Muay Malay International Boxing Challenge akan bermula pada malam esok di Pantai Irama Bachok. Regu tersohor yang akan mengambil bahagian ialah Saiponn Rom (Laos) menentang Kamal Pee Aik dari N33 Pulai Chondong, Sansut Cosmomuay Thailand me...nentang Mat Ropi Kuda Merah ATM, Emi Semerah Padi berdepan Bruce Cameron dari Scotland, Eyo Selindang Kuning akan dicabar oleh Pran Eikk Thailand dan regu terhebat Eddy Selindang Kuning menentang Andree Alberto dari Brazil. Kejohanan juga akan diserikan dengan perlawanan regu veteran antara Mazlan Eskim dengan Sota selain regu kanak-kanak.
06 Jun 2013
T-shirt Muay Thai untuk dijual
T-shirt Muaythai 100% cotton, made in Thailand. Saiz M, L, XL. RM30 sehelai (RM35 termasuk poslaju). Selagi stok masih ada. SMS 0199241656. Setiap baju ada perkataan Muay Thai pada belakangnya. 100% keuntungan disalurkan ke Tabung Pembangunan Kelab Sitkrumat (bagi membeli kelengkapan kerana kelab ini tidak mengenakan yuran kepada pelatihnya). Rujuk FB Cikgu Raja Ahmad Talmizi untuk design yang lain.
30 Mei 2013
29 Mei 2013
Adik Hakimi seri
Dalam Clash of Titans, Adik Hakimi seri menentang seteru utamanya, Adik Naga Api. 3 orang juri tidak dapat menentukan pemenangnya kerana kedua-duanya sama hebat. Ini merupakan perlawanan ketiga bagi kedua-dua nak muay yang datang daripada Persatuan Muay Thai Negeri Selangor.
Wai Kru paling cantik
Tahniah Hakimi Jengking Merah atas kemenangan dalam acara Wai Kru Paling Cantik di Kejohanan Muay Thai Putrajaya.
24 Mei 2013
Clash of Titan 3
Pertarungan epik antara dua jaguh cilik, Adik Hakimi Jengking Merah dengan Adik Naga Api akan
berlangsung di Festival Belia Putrajaya. Kejohanan dijangka berlangsung pada pukul 3 petang di Perkarangan Bangunan Kementerian Belia dan Sukan. Ini merupakan pertarungan ketiga bagi mereka dan dijangka pertarungan kali ini lebih sengit.
Muay Thai di Putrajaya
Berikut ialah tentatif kejohanan Muay Thai sempena Festival Belia Putrajaya 2013. Adik Hakimi Jengking Merah akan bertanding pada 25 Mei (Sabtu) dalam acara amatur 22kg. Pada hari Ahad 26 Mei, Adik Hakimi dan Rakib Thundercat akan menyertai Pertandingan Wai Kru Paling Cantik pula. Sama-sama kita doakan mereka berjaya.
20 Mei 2013
Wai Kru paling cantik
Pertandingan Wai Kru (Tarian Hormat Guru) kategori
kanak-kanak dan remaja akan diadakan sempena Kejohanan Muay Thai Terbuka
Malaysia di Festival Jutaan Belia Putrajaya pada 25-26 Mei ini. Hakimi Jengking Merah dan Rakib Thundercat
akan dihantar bagi mewakili Klab Boksing Sitkrumat Klang.
22 April 2013
Kejohanan Muay Thai UTM
Sempena Pesta Konvokesyen UTM, Persatuan Muay Thai Negeri Johor mengadakan kejohanan Muay Thai buat kali pertama di Johor Bahru. Adik Hakimi Jengking Merah akan mewakili Sitkrumat dalam kejohanan ini.
Kejohanan Muay Thai Amal Lahad Datu.
Dragon Boy akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Muay Thai Amal Lahad Datu di Dewan Sri Siantan, Selayang pada 11 Mei ini. Dragon Boy akan menentang petinju dari luar negara. Kejohanan ini merupakan kejohanan amal yang diadakan di seluruh negara.
17 April 2013
Thundercat seri lagi
Raqib Hamzah "Thundercat" seri dengan petinju dari SS Fighters dalam Karnival Belia Selangor. Raqib yang datang mengiringi Hakimi Jengking Merah diminta oleh penganjur untuk menggantikan regu dari kelab lain yang tidak hadir pada hari pertandingan. Perlawanan yang berlangsung selama 15 minit ini dilihat seimbang walaupun berat Raqib melebihi 10kg daripada berat lawannya.
Jengking Merah tewas di Kuang
Dalam Kejohanan Tomoi Hari Belia Selangor, Jengking Merah tewas kepada petinju cilik dari SS Fighters Kuching pada pusingan ketiga. Lawannya yang berat melebihi 6 kilo dilihat mendominasi perlawanan pada pusingan awal lagi. Selepas jatuh buat kali ketiga dalam pusingan kedua, pengadil bertugas memberhentikan perlawanan. Jengking Merah akan bertanding di Pesta Konvokesyen UTM Johor pada awal bulan depan.
08 April 2013
Adik Hakimi lawan di Kuang
Adik Hakimi "Jengking Merah" akan turun bertarung dengan nak muay kecil dari SS Fighter Kuching, Adik Faisal Izudin dalam Muay Thai Road Tour Challenge di Karnival KOOP Bersama Orang Muda Negeri Selangor pada 14 April ini di Padang Awam Kg. Setia, Kuang, Selangor. Sama-sama kita meriahkan karnival ini. 20 petinju amatur dan profesional mengambil bahagian. Masuk percuma.
05 April 2013
Juara Enter the Dragon III
Setelah menang dalam Kejohanan Datuk Bandar Kuala Lumpur anjuran Kelab Tomoi Kuda Merah, Dragon Boy sekali lagi menang dalam Enter the Dragon III setelah menundukkan Nigel Chong dari Kelab Muay Thai Dragon KL pada pusingan ketiga.
24 Februari 2013
Hebahan kepada ahli VIP
1. Semua ahli VIP (personal class dan VIP walk in class) dikira sebagai ahli tetap Sitkrumat Klang dan boleh berlatih secara percuma di Taman Rakyat Klang bersama-sama ahli yang lain.
2. Ini bermakna ahli VIP tidak perlu mendaftar lagi (RM50) bagi mengikuti kelas biasa setiap petang Sabtu dan Ahad.
2. Ini bermakna ahli VIP tidak perlu mendaftar lagi (RM50) bagi mengikuti kelas biasa setiap petang Sabtu dan Ahad.
3. Untuk peminat-peminat Muay Thai yang ingin mempelajari Muay Thai tetapi tiada masa pada hujung minggu, anda boleh menelefon Cikgu Raja Ahmad untuk kelas VIP sama ada di rumah, gim atau tempay yang sesuai dengan anda dengan bayaran RM100 satu sesi (2 jam).
4. Bagi kelas VIP walk in di Taman Rakyat pada hari Sabtu dan Ahad pula, bayaran RM50 dikenakan bagi setiap sesi.
5. Sila berhubung dengan Cikgu Raja untuk maklumat lanjut 0199241656.
4. Bagi kelas VIP walk in di Taman Rakyat pada hari Sabtu dan Ahad pula, bayaran RM50 dikenakan bagi setiap sesi.
5. Sila berhubung dengan Cikgu Raja untuk maklumat lanjut 0199241656.
23 Februari 2013
Persatuan Muay Thai Selangor
Muay Thai ialah
sukan tempur yang berasal daripada Thailand. Seni ini berkembang sebagai sukan
tempur di seluruh dunia kerana keunikannya tersendiri. Oleh sebab banyak
kejohanan dianjurkan di peringkat tempatan dan antarabangsa, Muay Thai kini
menjadi pilihan kepada golongan belia di Malaysia tanpa mengira kaum dan
jantina untuk menjadikannya sebagai aktiviti masa lapang selain mempelajari
ilmu pertahaan diri.
Generasi muda
kini terutamanya remaja digalakkan mempelajari Muay Thai sebagai satu asas persediaan
menghadapi sebarang kejadian yang tidak diingini terhadap diri mereka. Muay
Thai perlu dipelajari terutama bagi golongan wanita yang sering menjadi mangsa
manusia yang tidak berhati perut. Dengan mempelajari Muay Thai, ia mampu
meningkatkan daya ketahanan fizikal dan mental di samping meningkatkan
keyakinan ketika berhadapan dengan situasi cemas kerana mereka yang
dilengkapi seni pertahanan diri mampu berfikir dengan tenang dan menghadapi
situasi tersebut dengan bijaksana.
Persatuan Muay
Thai Selangor didaftarkan pada tahun 2011 di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan
Malaysia. Persatuan ini ialah gabungan kelab tempatan seperti Kelab Muay Thai
Naga Api, Kelab Muay Thai Kingkarasu, Kelab Muay Thai Naga Hitam, Kelab Muay
Thai Furious Styles, Kelab Muay Thai Sitkrumat dan lain-lain. Ahli persatuan ini mencecah
sehingga 500 orang sejak penubuhannya 2 tahun lalu.
Persatuan Muay
Thai Selangor adalah antara persatuan seni pertahanan diri yang aktif
menganjurkan aktiviti. Antaranya ialah bengkel Muay Thai di seluruh negara,
demonstrasi Muay Thai di institusi pengajian tinggi dan kompleks membeli belah,
program bersama anak-anak yatim selain siri kejohanan Selangor Charity
Challenge yang sudah memasuk edisi ke-7.
Tujuan Persatuan
Muay Thai Selangor ditubuhkan adalah untuk memupuk budaya bersukan dalam
kalangan generasi muda seterusnya meningkatkan perpaduan antara kaum yang
pelbagai ke arah menjayakan Gagasan 1Malaysia. Tidak seperti sesetengah seni pertahanan diri lain yang hanya tertumpu kepada sesuatu kaum, Muay Thai
diterima sebagai sukan untuk semua. Kelab-kelab Muay Thai yang bernaung di
bawah Persatuan Muay Thai Selangor disertai oleh pelbagai kaum.
Dengan menyertai
mana-mana kelab di bawah Persatuan Muay Thai Selangor, pelatih bukan sahaja belajar ilmu pertahanan diri, tetapi elemen seperti tatasusila, adab sopan,
moraliti dan juga nilai-nilai murni juga ada diterapkan oleh jurulatih yang
mengajar agar peserta bukan sahaja mahir dalam seni Muay Thai, bahkan mereka
juga tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk dan memanfaatkan apa
yang mereka pelajari semaksimum mungkin.
18 Februari 2013
Rahsia Muay Thai
Rahsia kekuatan Muay Thai bukan terletak pada kekuatan
tendangan atau teknik siku atau hentakan lutut. Rahsia utama Muay Thai sebenarnya sudah
ada dalam hati orang-orang Thai sejak mereka dilahirkan, iaitu kekuatan mental.
Orang Siam pada asalnya merupakan bangsa yang taat pada
negara, agama dan raja. Oleh itu, orang Siam sudah mempunyai jiwa sanggup mati
demi negara sejak berabad-abad lagi, jauh lebih awal daripada kewujudan
semangat Bushido atau kamikaze Jepun. Orang Thai sudah lama mengenali semangat
begini dan diperturunkan dari generasi ke generasi.
Dalam falsafah seni beladiri orang Asia, orang yang paling kuat ialah orang yang dapat menewaskan 3 musuh dalam diri, iaitu:
1) Takut
2) Was-was
3) Keliru
Tambahan lagi dengan atlet Muay Thai zaman dahulu yang bertanding untuk kehidupan dan bukan untuk kesukanan terdedah kepada kesakitan dan hukuman sehingga mental menjadi kental. Sebab itu, walaupun ditendang berkali-kali, ahli Muay Thai zaman dahulu dapat menahan kesakitan dengan tenang.
Seni beladiri bangsa lain yang menendang dengan lebih kuat belum tentu dapat menerima kekuatan tendangan mereka sendiri. Begitu juga dengan peninju Muay Thai, jika keadaan mental tidak stabil maka kekalahan ialah jawapannya.
Oleh sebab itulah Buakaw yang menjadi juara dunia K-1 2004 dengan mengalahkan Masato (Kickboxing) dikalahkan pula oleh Masato pada kejohanan K-1 tahun 2007. Kedua-duanya sama hebat, tetapi yang mempunyai kekuatan mental lebih berpeluang untuk menang.
Dalam falsafah seni beladiri orang Asia, orang yang paling kuat ialah orang yang dapat menewaskan 3 musuh dalam diri, iaitu:
1) Takut
2) Was-was
3) Keliru
Tambahan lagi dengan atlet Muay Thai zaman dahulu yang bertanding untuk kehidupan dan bukan untuk kesukanan terdedah kepada kesakitan dan hukuman sehingga mental menjadi kental. Sebab itu, walaupun ditendang berkali-kali, ahli Muay Thai zaman dahulu dapat menahan kesakitan dengan tenang.
Seni beladiri bangsa lain yang menendang dengan lebih kuat belum tentu dapat menerima kekuatan tendangan mereka sendiri. Begitu juga dengan peninju Muay Thai, jika keadaan mental tidak stabil maka kekalahan ialah jawapannya.
Oleh sebab itulah Buakaw yang menjadi juara dunia K-1 2004 dengan mengalahkan Masato (Kickboxing) dikalahkan pula oleh Masato pada kejohanan K-1 tahun 2007. Kedua-duanya sama hebat, tetapi yang mempunyai kekuatan mental lebih berpeluang untuk menang.
15 Februari 2013
Perkara yang harus dielakkan selepas makan
1. Jangan makan buah selepas makan. Buah mengandungi asid yang boleh merosakkan usus yang menjadi lembut selepas kita makan. Buah seharusnya dimakan sebelum makan. Perut juga boleh menjadi kembung kerana buah mengandungi banyak air.
2. Jangan minum teh selepas makan. Asid yang terkandung dalam teh boleh menyebabkan protein dalam makanan cepat mengeras dan menyebabkan makanan tersebut sukar dihadam.
3. Jangan mandi selepas makan. Aliran darah pada tangan, kaki dan tubuh akan meningkat manakala jumlah darah pada bahagian perut akan menurun. Ini menyebabkan sistem pencernaan akan menjadi lemah.
4. Jangan banyak berjalan. Banyak berjalan boleh menyebabkan sistem penghadaman tidak dapat menyerap khasiat makanan yang telah dimakan.
5. Jangan tidur selepas makan. Perut tidak dapat menghadam makanan ketika anda tidur.
6. Jangan merokok selepas makan. Menghisap rokok boleh menyebabkan perut berasa tidak selesa kerana sistem penghadaman terganggu.
7. Jangan bersenam selepas makan. Aktiviti fizikal secara drastik selepas makan akan menyebabkan usus tidak dapat memproses makanan.
02 Februari 2013
Yuran latihan percuma
Ramai yang bertanya, bagaimanakah saya
menguruskan Kem MR50 Sitkrumat walaupun tidak mengenakan yuran bulanan kepada
pelatih? Sebenarnya, saya tidak memerlukan sebarang bayaran. Kem MR50 Sitkrumat
terletak di Taman Rakyat, sebuah taman rekreasi di Taman Sri Andalas, Klang. Di sini tiada bayaran
sewa tempat dikenakan.
Tidak seperti kelab Muay Thai lain yang
terpaksa menanggung kos sewa gim dan gaji jurulatih, kami pula boleh berlatih
secara percuma di atas padang getah yang disediakan oleh Majlis Perbandaran
Klang. Kekurangan kelab kami ialah kami tidak boleh berlatih jika hari hujan
kerana tempat kami tidak berbumbung.
Oleh sebab tidak perlu membayar sewa
gim, maka tidak perlulah saya mengenakan yuran latihan setiap bulan. Saya masih
mampu menampung kos minyak tomoi dan minuman isotonik percuma dengan yuran
penyertaan sebanyak RM50 yang dikenakan kepada setiap pelatih baru.
Saya juga masih mampu menambah barang
latihan seperti gloves dan pao seiring dengan pertambahan pelatih hasil
keuntungan jualan barang-barang latihan Muay Thai melalui facebook (Sitkrumat
Trading ialah pembekal barangan Muay Thai online terbesar di Malaysia).
Jadi, janganlah membandingkan kelab kami
ini dengan gim lain yang mengenakan yuran sehingga RM200 sebulan kerana mereka
terpaksa membayar pelbagai bil dan kos. Kami pula tidak perlu memikirkan soal
itu kerana saya juga masih mampu menguruskan kelab dengan pendapatan bulanan saya.
Jom kita ke SMTCC-7
40 petinju daripada 25 buah kelab seluruh Malaysia akan mengambil bahagian dalam Selangor Charity Challenge 7 pada 17 Februari 2013. Sama-sama kita memeriahkan acara sehari ini.
21 Januari 2013
Kadar yuran Sitkrumat
Berikut dipaparkan senarai yuran yang dikenakan bagi tahun 2013:
1. Ahli biasa (berlatih di Taman Rakyat) - RM50 seumur hidup.
2. VIP personal class (berlatih di rumah pelanggan atau gim yang ditempah oleh pelanggan) - RM100 satu sesi.
3. VIP walk in training (berlatih di Taman Rakyat) - RM50 satu sesi.
4. Persembahan/Demo Muay Thai (majlis koporat, perkahwinan) - RM200.
5. Seminar/Bengkel/Konsultasi Muay Thai - RM150 setengah hari.
Sila berhubung dengan Cikgu Raja Ahmad untuk maklumat lanjut.
11 Januari 2013
SMTCC-7
Sitkrumat akan menghantar beberapa orang petinju untuk menyertai Selangor Muay Thai Charity Challenge 7 pada 17 Februari ini di Taman Bolton Gombak.
07 Januari 2013
Langgan:
Catatan (Atom)