19 Ogos 2011

Charity Challenge

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, pihak penganjur, Sitkrumat Promotions dan Gim Muay Thai Naga Api telah menangguhkan Kejohanan Piala Azhari Abdul (Muay Thai Charity Challenge) ke 9.10.11.


Kejohanan pertama anjuran Sitkrumat dan Kelab Naga Api ini akan diadakan pada pukul 9 pagi hingga 2 petang. Tiket berharga RM10 dan RM50 boleh dibeli secara online. Hubungi Cikgu atau Tuan Azman Abdul untuk membuat tempahan.


30 petinju baru dari Sitkrumat. Naga Api, Saiprawat, Sitkrumat Naga Api Raub, Peninsular Gym, Merican Gym, Kirsty Fight Club, dan Barracuda Boxing Camp akan mengambil bahagian dalam kejohanan yang diadakan di Gim Naga Api, Sri Gombak, Batu Caves.

17 Ogos 2011

Dehidrasi pada bulan puasa.

Ramai ahli mengalami kekejangan otot akibat dehidrasi semasa latihan. Ini demikian kerana mereka tidak mengikut diet yang telah ditetapkan sebelum ini. Untuk mengelakkan berlaku dehidrasi (kurang air dalam badan), banyakkan minum air kosong pada malam selepas berbuka puasa. Air kosong ini bukan diminum sekali gus sebaliknya diminum sepanjang malam. Jika keesokan harinya kita selalu membuang air kecil, itu tandanya tubuh kita tidak mengalami dehidrasi dan mampu melakukan aktiviti berat seperti latihan pao dan sparring. Elakkan berlatih pada awal pagi kerana tubuh akan cepat mengalami dehidrasi menyebabkan kita berasa letih sepanjang hari. Latihan sebaik-baiknya dilakukan pada waktu petang sebelum berbuka. Ahli Sitkrumat diminta membaca semula artikel Diet Nak Muay pada Bulan Puasa di bawah ini sebelum datang untuk latihan.

15 Ogos 2011

Buka puasa bersama anak yatim

Semalam, 14 Ogos 2011, Persatuan Tomoi Gombak telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama Rumah Anak Yatim An-Nur, Gombak. 15 anak yatim diraikan oleh hampir 100 hadirin yang datang dari seluruh negeri Selangor. Pihak jawatankuasa Persatuan Tomoi Gombak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin yang sanggup datang dari jauh dan para penderma duit raya kepada anak-anak yatim.

Anak yatim yang diraikan

Tetamu mengambil juadah

Y.A.M. Ku Ess Sultan Idris Shah menyampaikan duit raya


Ahli Barracuda Muay Thai Gym Kajang datang seawal pukul 6 lagi.

Kumpulan peminat motor scrambler turut datang

09 Ogos 2011

Kepentingan tidur pada bulan puasa

Tidur yang cukup amat penting bagi seorang petinju Muay Thai. Tidur mampu memperbaik otot-otot dan memori (daya ingatan) otak. Dalam bulan puasa, petinju Muay Thai digalakkan tidur secukupnya, iaitu 7 jam. Petinju yang tidur lewat dan terpaksa bangun awal untuk bersahur akan mudah merasa letih apabila melakukan latihan pada siang hari.

Ramai antara kita tidur selepas bersahur. Tidur selepas makan merupakan amalan negatif yang perlu dielakkan oleh petinju Muay Thai. Menurut kajian, tidur selepas makan menyebabkan makanan yang dimakan tidak hadam. Ini menyebabkan petinju mudah lapar. Selain itu kita terrdedah kepada penyakit radang usus dan sakit perut jika tabiat buruk ini selalu diamalkan. Dalam Islam juga terdapat amalan berjalan 40 langkah selepas makan sebelum boleh duduk.

Islam tidak melarang penganutnya tidur pada siang hari dalam bulan puasa asalkan tidak meninggalkan solat. Waktu yang paling sesuai untuk tidur adalah pada pukul 2 - 4 petang (waktu latihan di Kem Sitkrumat pada bulan puasa adalah 4.00 petang). Tidak perlu tidur terlalu lama kerana badan akan menjadi semakin lemah.

05 Ogos 2011

Diet nak muay pada bulan puasa

Esok ialah hari pertama latihan di Kem Sitkrumat pada bulan puasa. Suka Cikgu mengingatkan kepada semua pelatih yang akan hadir agar melengkapkan diri dengan kalori yang secukupnya agar tiada yang pengsan semasa berlatih. Bagaimanakah untuk kekal cergas pada waktu petang berpuasa?


Sebenarnya latihan Muay Thai di Kem Sitkrumat membakar sebanyak 1000-1500 kalori setiap kali latihan. Oleh itu, setiap pelatih mestilah mempunyai tenaga yang mencukupi dengan mengamalkan diet yang seimbang dan sesuai untuk kekal cergas sehingga pukul 7 malam.


Pada malam hari sebelum latihan, pastikan minum sekurang-kurangnya tiga gelas air kosong. Semasa sahur pula, pastikan makan makanan berkalsium, berserat dan berzat tinggi seperti susu, kurma, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan berasaskan bijirin. Dua gelas air Horlicks panas memang terbukti mampu membekalkan tenaga kepada pelatih sehingga waktu berbuka. Pastikan juga minum 2 gelas air suam selepas minum air Horlicks tadi.


Nasi yang dimakan pada waktu sahur memang mengenyangkan, tetapi pembakaran kalori berlaku dengan pantas menyebabkan kita mudah berasa lapar sebelum tengah hari. Jadi, jika tidak boleh meninggalkan menu nasi, pastikan air Horlicks ataupun bijirin Nestum dimasukkan dalam diet sahur berserta beberapa biji kurma dan pisang atau epal. Jangan lupa untuk minum sekurang-kurangnya dua gelas air kelapa muda atau 100plus untuk menggantikan semua cecair badan yang hilang ketika latihan pada waktu berbuka nanti.

04 Ogos 2011

Silibus Sitkrumat

1. Di Sitkrumat Camp, saya bahagikan pelatih kepada 3 tahap berdasarkan kecenderungan seseorang pelatih.

2. Jika melihat potensinya sebagai seorang fighter, kita akan latih dia menjadi fighter.

3. Jika dia belajar untuk self defence, kita ajar untuk self defence.

4. Kalau sekadar untuk fitness, kita latih untuk fitness sahaja.

5. Tiada sistem tali pinggang seperti karate, kickboxing atau silat.

Tahniah Yi Sricabang

Seluruh ahli Sitkrumat Malaysia mengucapkan tahniah kepada Raja Khairi Raja Abdullah yang menimang cahaya mata pada pagi tadi di Hospital Besar Bintulu. Raja Khairi adalah antara pengasas Sitkrumat dan kini mengajar di SMK Kemena, Bintulu.

03 Ogos 2011

Lone ranger

Ketika mengasaskan Sitkrumat Camp 3 tahun lalu, saya bersendirian. Tiada persatuan, tiada gim, tiada dana, tiada subsidi kerajaan, tiada gelanggang menanti, tiada murid menunggu. Kini, saya berani mengatakan bahawa saya sudah berjaya kerana saya yakin dengan pegangan saya. Kalau ada seorang pengamal Muay Thai di Malaysia yang tidak pernah mendengar tentang Sitkrumat, sahlah dia itu memang tidak tahu apa-apa tentang Muay Thai.