20 Februari 2011

Guru sebagai fasilitator

Di Kem Sitkrumat, tiada siapa menjadi jurulatih. Saya cuma pemudah cara (fasilitator). Setiap pelatih yang datang sudah mempunyai bakat masing-masing, cuma perlu digilapkan. Selepas itu mereka akan berlatih sendiri di bawah pemantauan saya. Saya percaya kaedah pengajaran dan pembelajaran P&P kognitif yang dipelajari di UPSI dulu (sama seperti mengajar murid-murid di sekolah) lebih mudah digunakan berbanding teori behaviorisme.

Mengikut teori kognitif, pengetahuan sedia ada murid merupakan faktor penting dalam belajar. Selain itu, teori ini percaya bahawa murid yang baru belajar mempunyai dua jenis motivasi diri, iaitu intrinsik ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan.

Intrinsik ingin tahu ialah satu motivasi yang mendorong minat murid-murid terhadap benda di sekeliling mereka. Manakala, dorongan untuk mencapai kecekapan diri ialah aktiviti yang menggerakkan mereka untuk mencuba secara rela hati dengan menyempurnakannya sendiri di samping saling bersaing sesama mereka.

Tiada ulasan: