21 Februari 2011

3 dalam 1

Sitkrumat Promotions & Thai Boxing Camp telah 4 kali terlibat dalam menganjurkan bengkel Muay Thai bersama kelab-kelab lain. Penganjuran bengkel memberi faedah kepada tiga pihak. 1. Pemilik gim/kelab Muay Thai. 2. Penganjur kejohanan 3. Penjual barangan Muay Thai.

Di Kelantan, Persatuan Boksing Kelantan tidak perlu penajaan daripada syarikat besar untuk menganjuran kejohanan. Cukup dengan jualan tiket untuk membayar upah petinju. Di KL, penganjur tidak mampu menganjurkan kejohanan jika tiada penaja.

Kenapakah perkara ini berlaku? Ini kerana di Kelantan pengamal Muay Thai sangat ramai. Di setiap pelosok ada gelanggang yang mengajar Muay Thai. Itulah objektif kami menganjurkan bengkel, meramaikan pengamal Muay Thai untuk membantu 3 pihak seperti yang disebutkan di atas.

2 ulasan:

peminat fanatik berkata...

kalau kita nak bawa tomoi ni ke peringkat global...kita kena elakkan daripada terus menggambarkan tomoi sebagai sukan yang bersifat kenegerian..

boksingkelate berkata...

tomoi kini sudah lama bebas daripada unsur kelantan atau kedah. orang cina, india pun sudah mula belajar. di kem sitkrumat, ahli kami terdiri daripada pelbagai kaum. mereka yang datang tak pernah pun anggap sukan tomoi hanya untuk orang melayu