29 September 2009

Mendapat Badan yang Cantik

Walaupun definisi “badan cantik” berbeza bagi setiap orang, namun tiada sesiapa boleh lari daripada fundamental nutrition dan latihan angkat berat untuk membentuk tubuh badan yang dikehendaki. Secara am, “badan cantik” yang tegap dan fit sebenarnya bukanlah susah untuk dimiliki. Bagaimana? Mari kita memahami serba sedikit mengenai asas pertumbuhan otot.

Otot manusia diperbuat daripada protein yang merupakan asas pembinaan otot badan. Jadi cukupkah dengan hanya memakan protein untuk memiliki badan yang dikatakan “umph”? Tidak. Memakan protein sahaja tidak akan menambahkan otot badan sewenang-wenangnya. Aktiviti angkat berat di gim bertindak sebagai catalyst untuk membolehkan otot yang dilatih menerima nutrien (protein) yang seterusnya membaiki dan membesarkan otot yg baru dilatih di gim.

Para pembaca harus memahami bahawa otot tidak membesar semasa berlatih tetapi sewaktu badan membaiki otot yang telah dilatih. Rehatkan bahagian otot yang baru dilatih merupakan asas untuk membesarkan otot. Sebagai contoh: jika anda melatih bahagian dada hari ini, anda perlu rehatkan bahagian tersebut antara 48-72 jam sebelum melatihnya sekali lagi. Oleh sebab itu, anda harus membahagikan jadual latihan untuk melatih muscle groups yang berbeza. Ini dinamakan “split routine” dalam dunia angkat berat.

Otot perlu dirangsang untuk membesar. Walaupun push-ups dan latihan asas di rumah mula-mula boleh memberikan hasil, anda perlu memberi bebanan yang lebih besar bila kekuatan anda telah meningkat. Ketika itu, push-ups tidak lagi membawa apa-apa perubahan. Apabila berlatih, form and intensity adalah penting. Apabila berlatih di mana-mana gim, gunakan freeweights dan dapatkan panduan instructor atau kawan yang berpengalaman untuk nasihat & tunjuk ajar yang betul.

2 ulasan:

Due berkata...

Cikgu, macam mana dengan aturan makan? Mana lebih baik exercise dulu baru makan, atau makan dulu baru exercise untuk tujuan pembinaan otot-otot.

Tanpa Nama berkata...

Cikgu Kacak,

Memangnya impian kebanyakan kita orang lelaki , nak ada badan cantik (perkasa macam cikgu sendiri). Saya setuju dengan tulisan cikgu. Tapi macamana pun , masih perlu berdiet dan jangan makan terlalu banyak lemak.

Agak sukar bagi orang biasa Malaysia nak maintain badan cantik disebabkan jenis pemakanan di negara kita . Banyak santan kelapa (saturated fat), teh tarik (banyak gula) dan roti canai (banyak minyak). Gula sana, goreng sini dan sebagai nya.

Angkat besi macam mana pun , tidak nampak otot kalau diselaputi dengan lemak . Justeru perlu juga ada exercise cardio macam jogging, berenang dan sebagainya.

Terima kasih kerana kongsi idea dengan kami semua.

zul jb