Pao tangan mirip sarung tangan permainan besbol yang mampu menangkap tumbukan dengan tapak tangan. Terdapat pelbagai jenis pao tangan di pasaran tetapi pao tangan yang paling bagus ialah pao yang mempunyai pengikat Velcro di pergelangan tangan untuk mengelakkan pao tercabut semasa latihan.
Pao yang biasa digunakan kurang sesuai untuk latihan tumbukan kerana besar dan berat. Disebabkan sifatnya yang ringan, pao tangan boleh digerakkan dengan mudah ke kiri dan kanan ketika pelatih melakukan serangan kombinasi. Serangan siku tepat mengena sekiranya dipacu kepada pao tangan. Ketika latihan, jurulatih akan memakai dua pao tangan. Jurulatih akan bergerak seolah-olah lawan dengan mengacukan pao kepada pelatih sambil pelatih menyerang ke sasaran.
Ketika melakukan latihan dengan pao tangan, jurulatih akan mengacukan pao ke hadapan sambil pelatih melakukan kombinasi. Ini dapat mengelakkan pao terkena muka jurulatih ketika pelatih membuat tumbukan dan menjadikan pelatih sentiasa peka kepada taktik serangan.
1 ulasan:
Di bulan puasa ni, pao kari ayam lebih berkesan.
Catat Ulasan