10 September 2009

Mongkon

Mongkon ialah tali perguruan yang dipakai oleh petinju sebelum mereka bertarung. Setiap gim atau kem memiliki mongkon masing-masing yang menunjukkan kekuatan semangat dan kehebatan kru yang melatih mereka. Mongkon dipakai bagi memberi kekuatan kepada petinju dan melindungi mereka daripada bahaya atau kecederaan yang teruk. Berdasarkan kepercayaan dan budaya Siam, pahlawan Siam dahulu kala memakai pengikat kepala sebelum mereka pergi berperang. Tradisi ini diteruskan oleh guru-guru Muay Thai yang memakaikan mongkon kepada murid mereka yang akan bertarung.

Mongkon biasanya dibuat sendiri oleh kru bagi menunjukkan kesungguhannya mengajar muridnya itu sehingga layak bertarung di gelanggang. Bagi pengamal Muay Boran, mongkon tidak ditanggalkan semasa berlawan. Ini kerana pada zaman dahulu, mongkon diikat kemas dan tidak akan tertanggal walaupun petinju berlawan dengan bersungguh-sungguh.

Tiada ulasan: