Ramai orang dewasa yang meminati Muay Thai tetapi segan untuk belajar kerana usia mereka. Sebenarnya, Muay Thai tidaklah susah sangat bagi golongan veteran. Kebanyakan kem atau gim mempunyai perancangan khusus untuk golongan dewasa malah ada yang membuka kelas dewasa khas untuk mereka yang berumur 40 tahun ke atas.
Sepanjang mengendalikan kelas VIP di Kem Sitkrumat, Cikgu mendapat banyak maklum balas dari golongan berusia. Menurut mereka, kebanyakan kelab seni mempertahankan diri yang lain melayan mereka seperti pelatih remaja yang tidak dinafikan mempunyai stamina yang tinggi. Seharusnya golongan veteran ini diberi latihan yang sesuai dengan peringkat umur dan keadaan fizikal mereka.

Mengajar Muay Thai kepada golongan berusia (40 tahun ke atas) banyak cabarannya. Golongan ini mudah terdedah kepada kecederaan dan mengambil masa untuk pulih. Bagi pesakit jantung pula, latihan memanaskan badan biasa pun sudah cukup membuatkan mereka sakit. Seorang jurulatih perlu mahir mengendalikan kelas dewasa supaya mereka ini tidak meninggalkan kelas selepas dua kali latihan.
Golongan ini juga memerlukan motivasi untuk terus berlatih. Jurulatih tidak patut memaksa sekiranya pelatih veteran tidak mampu meneruskan latihan. Sebelum latihan bermula, tanya jenis penyakit yang dihadapi supaya jurulatih bersedia menghadapi segala kemungkinan.