03 Mac 2010

Pesanan kru

1. Jangan fikir apabila belajar satu kelas muay, diri sudah menjadi hebat.

2. Jangan juga fikir belajar hingga tamat satu gelanggang, diri sudah boleh berdebat mengenai muay.

3. Sebaik-baiknya, menjadi pendengar lebih baik kerana pemberita atau wartawan mendengar daripada mereka yang bertauliah dan berkedudukan kerana hanya mereka yang benar-benar tahu.

4. Begitu juga dalam menuntut ilmu muay - jangan fikir gelanggang yang disertai adalah paling hebat dan apabila ilmu di dada sudah cukup maka tidak perlu belajar lagi. 

5. Tiada tamat dalam berilmu dan tiada siapa yang hebat, semua gelanggang ada keistimewaan masing-masing.

6. Kalau minat untuk beladiri, cara yang terbaik ialah memilih gelanggang yang boleh memberi keyakinan dan keseronokan. 

7. Jika minat untuk perlawanan, maka carilah gelanggang yang menjurus ke arah itu, belajarlah dengan kru yang pernah memakai tali pinggang kejuaraan atau kru yang sering melahirkan juara. 

8. Namun jika minat kepada seni, cari gelanggang yang permainannya berseni. 

9. Gelanggang seperti ini biasanya terdapat di kampung-kampung sekitar Kelantan.

5 ulasan:

Mr Priceless berkata...

Salam cikgukacak,

nak tny ada tak info pasal Bruce Lee lwn Guru Silat Gayong? Ada itu betul atau satu rekaan?

Kalu ada kongsi la

Wassalam

A full time lawyer, part time Nak Muay berkata...

I agree with you Cikgu! Hope to learn from you when I'm in KL.

boksingkelate berkata...

Mr.Priceless, maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan anda. Blog ini cuma memaparkan artikel tentang muay thai sahaja. Rasanya dah banyak laman web yang memperkatakan tentang Bruce Lee lwn Dato' Meor ni. Apa pun, kita perlukan bukti konkrit sebelum mengiyakannya.

boksingkelate berkata...

En. Nazim, terima kasih kerana sokongan anda. Datanglah bila-bila masa, Sitkrumat sentiasa membuka pintu kepada semua pengamal muay Thai seluruh dunia.

Mr Priceless berkata...

TQ cikgukacak.