19 Jun 2009

Sepak batang pisang

Di Kelantan, masih ramai pengamal tomoi menjadikan batang pisang sebagai alat tubi untuk mengeraskan tulang kering. Walaupun petinju Thailand sudah lama meninggalkan amalan ini, nak muay Kelantan masih lagi memilih batang pisang kerana selain mudah didapati, batang pisang juga mempunyai bentuk yang lembut di luar tetapi keras di dalam sama seperti tubuh manusia. Air getah pisang didakwa mempunyai khasiat untuk mengeraskan tulang peninju.

3 ulasan:

Due berkata...

Lebih afdhal lagi kalu pokok pisang tu buahnya sudah tua. Setelah disepak-sepak batangnya, terus ditebang pangkalnya, diambil buahnya. Maka pokok pisang pun tidaklah terseksa lama dek kerana kekerasan tulang kering nak muay.

boksingkelate berkata...

dan katakanlah kepada penyepak pokok pisang, hendaklah mereka itu menebang pokok yang sudah disepak kerana pokok juga makhluk tuhan. wallahualam.

hwoarang berkata...

selain menendang pokok pisang, apa lagi teknik untuk mengeraskan tulang kering?
peninju siam dh tinggalkn cara ni tp menggunakan cara mana plak?