16 Jun 2009

Pembantu sila keluar!

Cornerman merujuk kepada pembantu petinju semasa sesuatu perlawanan. Lazimnya cornerman terdiri daripada rakan sepelatih atau jurulatih petinju tersebut. Dalam sukan tinju, cornerman dipanggil sebagai second. Selain mengiringi petinju naik ke gelanggang, cornerman juga bertindak sebagai penasihat.

Cornerman ialah orang yang paling penting bagi petinju semasa perlawanan kerana petinju akan mendengar segala arahan daripada cornerman. Cornerman juga bertindak sebagai tukang urut kepada petinju semasa waktu rehat antara pusingan. Ketika melihat petinjunya dalam keadaan bahaya, cornerman akan melemparkan tuala putih ke tengah gelanggang sebagai tanda mengalah. Bagi perlawanan biasa, hanya dua cornerman dibenarkan mengiringi petinju. Manakala perlawanan merebut bengkung, tiga cornerman dibenarkan.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dh ler tak pkai baju..seksi...

Chong Wei berkata...

Aww, seksi you

Rashid berkata...

apa yang dipegang, siapa yang dipegang dan siapa yang memegang?

Eric berkata...

bagus artikel ni

boksingkelate berkata...

rashid, apa yang dipegang = sulit dan persendirian, siapa yang dipegang = rahsia rasmi kerajaan, siapa yang memegang = biarlah rahsia

mail selindang hijau berkata...

hahaha, seronok juga jadi cornerman