Adik Chades Sit Kru Mat baru berusia 10 tahun. Bakal nak muay berketurunan Siam ini mula menyertai Sit Kru Mat sejak dua bulan lepas.
Adik Raimi Sitkrumat baru berusia 9 tahun, mula menyertai Sitkrumat sejak dua minggu lepas setelah dua bulan mengusyar gelanggang ini. Dia akan bersama-sama Chades menyertai perlawanan pertama di Negeri Sembilan pada bulan Oktober nanti.
Cikgu sedang mengurut Adik Raimi sebelum latihan bermula
Adik Raimi menunjukkan peningkatan yang agak cepat berbanding pelatih lain.
Teknik yang paling disukainya ialah siku lintang
Adik Raimi berlatih sparring bersama Chades setiap petang sebagai persediaan pertandingan
Teep kaki kiri yang kuat dan padu menyinggah paha Chades
Gaya seorang profesional
Dua nak muay yang bakal berentap dengan jaguh antarabangsa nanti. Selamat berjaya diucapkan kepada Adik Raimi dan Adik Chades.
9 ulasan:
Waaa, cikgu dah siap train anak buah nampak.
abe zack, kena train awal, kang kalah malu nama Sit Kru Mat. Kalu lawannya berlatih dah dua tahun, ni baru dua minggu, kena berlatih kuat ni.
Begitu sungguh ironik sekali. Seantero alam merantau menuntut muay di Thailand, titih keturunan Siam berguru dengan Cikgu di Klang. Biso-biso. Kelas VIP ada kosong lagi ko?
Kawe memang biso, biso supo riso. Kelas VIP sentiasa kosong.
waahh..tebaik cikgu!
Terbaik!
Kalau berminat untuk menghadiri kelas VIP mengikut masa dan tempat yang diingini, sila hubungi cikgu. Bayaran amat berpatutan. Top training, top gear.
cikgu boleh mengajar tak di PJ kalau pelatih 3 orang? duit minyak kami bagi sekali.
askum..teruskan usaha cigu dalam memajukan dan menaik taraf sukan tomoi.....
Catat Ulasan